Gempa menutup pintu rumahnya kasar, nafasnya tercungap-cungap seperti di kejar hantu.
"Tak mu..mungkin.." Gempa mengesat pulupuk matanya yang basah tanpa dipinta.
Kenangan yang tidak mahu diingat, kini dengan kejamnya menerjah kembali ke fikirannya.
Hal itu membuat seluruh tubuh Gempa menggigil ketakutan. Bukan kerana dia seorang yang lemah, tetapi aura yang di bawa oleh lelaki itu sentiasa mampu menekannya sampaikan dia tidak dapat berkutik.
"Kenapa dia kembali, apa yang dia nak?" bisik Gempa kelelahan.
Lelah segala mental kerana memikirkan kepulangan lelaki itu. Lelaki yang pernah menjadi sebahagian dalam hidupnya sebelum dia bertemu dengan Halilintar.
Gempa menghela nafas kasar. Dia bergerak ke bahagian dapur, rasa haus pula.
Namun, baru beberapa langkah. Bunyi loceng rumahnya kedengaran.
Gempa berbalik, menatap waspada pada pintu rumahnya.
"Siapa?" Gempa bertanya dengan suara dikuatkan sedikit. Namun tiada suara yang menyahut.
Dada Gempa dipalu debaran yang kuat dan rasa takut menghinggapinya.
Walaupun begitu, dia tetap melangkahkan kaki mendekati pintu rumah. Dengan keberanian tipis, dia membukakan pintu rumah.
Dan dia menyesali perbuatannya apabila mendapati lelaki yang ingin dia hindari, kini berdiri di hadapannya bersama barang perbelanjaannya yang dia tinggal di parkir mall.
"So, di sini kau tinggal Gem. Not bad, sepertinya suami kau juga seorang yang kaya." lelaki itu tersenyum.
Senyuman yang penuh dengan makna tersendiri. Gempa pula hanya mematung, tidak dapat memberikan reaksi apa-apa. Akan tetapi, di mana lelaki itu tahu yang dia sudah mempunyai suami.
"Halilintar.. Nama yang unik. Mesti orang yang punya nama pun unik kan? Yelah, sebab dapat takhluk orang macam kau. Sepertinya, dia salah pilih orang untuk jadi isteri dia..."
"Kau.."
"Apa? Betul kan? Dia dah rampas milik aku, tak salah kan kalau aku nak bermain sedikit dengan dia."
Si dia tersenyum. Dagu Gempa dipautnya lalu dengan pantas dia mencuri cium bibir mungil yang dari dulu menjadi santapan kegemarannya.
Mata Gempa terbeliak. Terkejut dengan tindakan spontan lelaki itu. Dia tidak sempat mengelat, kerana hal itu terjadi begitu pantas.
"Apa kau buat ni ha?! Beraninya kau!" marah Gempa. Baru sahaja tangannya mahu diangkat, untuk memukul orang didepannya terus terbantut apabila namanya diseru seseorang.
Mereka berdua menoleh ke arah seorang lelaki yang baru keluar daripada kereta dan menuju kemari. Halilintar.
"Siapa kau?" soal Halilintar dingin sebaik sahaja dia tiba di hadapan mereka berdua. Dia berdiri di depan Gempa dan merenung tajam pada lelaki itu.
Gempa mengetap bibir sambil mencengkam tangan Halilintar. Meminjam kekuatan dari lelaki itu.
Si dia tersenyum sinis, dia melirik ke arah Gempa lalu beralih pada Halilintar. Atas dan bawah dia menilai orang yang telah berani menakluki miliknya.
Boleh tahan. Bisik hatinya.
"Siapa aku? Rasanya tak patut kut kau tahu, by the way aku adalah orang yang amat rapat dengan isteri kau. Maybe kawan rapat." katanya sambil menekan setiap perkataannya.
Halilintar mengecilkan matanya, seolah tidak percaya dengan apa yang barusan dia dengar. Dia tahu pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan lelaki ini bersama isterinya. Namun, kerana malas memanjangkan hal. Halilintar mengangguk kepala dengan ekspresif wajah yang datar.
"Oh, kawan ya? Hm, aku Halilintar suami kepada Gempa. Kau?"
Halilintar menyuakan tangannya, si dia mengerling sejenak pada tangan Halilintar sebelum dia menyambut huluran itu. Tangan mereka saling berjabat.
Gempa hanya memerhatikan mereka berdua. Aura di antara mereka amat mencengkam dan dingin.
"Salam kenal Halilintar, by the way nama aku... Rahsia."
Sudut bibir Halilintar terangkat sebelah, berasa jengkel dengan orang di hadapannya. Nama pun, nak berahsia bagai.
Tbc...
37 for next chapter....
Korang rasa, siapakah 'si dia' tu? Siapa dapat teka, dia memang hebat.
YOU ARE READING
Mr. Soft (HaliGem) [C]√
Romance"Selembut-lembut dia, akan ada juga kasarnya." Warning! Yaoi! Uke!pregnant Don't like, don't read! Start : 27/10/2020 End : 5/4/2021 Status : [Complete!]