Part 30

818 92 7
                                    

"Okey, kau kena jaga kesihatan kau. Jangan stress, faham?"

Supra memasukkan tangannya ke dalam poket baju jubah doktornya. Wajah orang yang berbaring di atas katil pesakit ditatapnya dengan senyuman tipis.

Gempa membalas senyuman doktor muda yang merangkap kawan kepada Frostfire. Dia bangkit dari pembaringannya.

"Aku faham, terima kasih Supra."

Kepala Supra terangguk. "Lepasni kau nak ke mana? Ke tempat Frostfire ke?"

"Hm, tak. Aku nak ke kedai jap."

"Oh okey, tak apa ke kau nak pergi sorang? Ke kau nak aku minta Glacy temankan kau?"

Gempa menggelengkan kepala, "Tak payah susah-susah. Aku okey aje pergi sendiri. Aku bukan budak kecil lagi okey? Hm, tak apalah. Aku gerak dulu."

"Baiklah."

Sebelum Gempa beredar, Supra buka suara.

"Jangan lupa Gem, pasal hal yang aku cakapkan sebelum ni." ucap Supra dengan wajah tegas. Tatapannya mengisyaratkan sesuatu.

Gempa tersenyum seraya mengangguk kepala.

"Sure, aku tak akan lupakan. Kirim salam aku pada Glacy tau? Bye."

"Hm, bye."

Selepas Gempa hilang daripada pandangan matanya, Supra hela nafas berat.

Dia bergerak ke meja kerjanya, telefon bimbitnya yang terdampar di atas meja diraih.

Nombor seseorang didail. Dia lekapkan telefon pada cuping telinganya, menunggu talian bersambung.

"Maaf Frostfire, aku harus pulangkan Gempa pada pemiliknya. Aku tak nak bersubahat dengan kau lagi. Maaf.. Cukuplah."

"Hello? Siapa di sana?"

Suara di seberang sana, menyapa gegendang telinga Supra. Dia berdeham.

"Encik Halilintar kan?"

"Ya, saya. Siapa ya?"

"Supra. Boleh kita bertemu? Saya ada sesuatu yang mahu beritahu encik. Penting."

"Sure. Nak jumpa di mana?"

Supra tersenyum apabila Halilintar bersetuju mahu berjumpa dengannya. Dia harap ini akan menjadi penamatnya.

"Nanti saya hantar lokasi. Jumpa nanti."

"Baiklah."

Panggilan dimatikan seusai berbalas salam. Sekali lagi, Supra hela nafas.

"Aku harap, benda yang aku buat ni betul."

•••••

Frostfire meletakkan pen, setelah selesai menandatangani semua dokumen.

Jam tangannya dikerling sekilas. Dah masuk pukul 5 petang.

Dia berkemas mejanya yang berselerak dengan fail dan dokumen.

Setelah selesai, dia bangun daripada kerusi megahnya.

Kring!!

Deringan telefon yang berbunyi, mengejutkan dia. Frostfire segera meraih telefonnya, nama ibunya naik ke skrin telefon.

Butang hijau digeser dan dia lekapkan telefon pada telinga.

"Hello mo..."

"Budak nakal!! Balik kau sekarang juga!!"

Frostfire menjauhkan telefon apabila suara ibunya memekik sebaik sahaja dia menjawab telefon.

"Apa ni mommy, belum apa-apa dah jerit. Sakit tau telinga Frosty." rungut Frostfire disaat telefonnya dilekapkan kembali pada telinga.

"Pulang sekarang!! Mommy... Lepaskan aku Blaze!! Aku tengah marah ni!!"

"Sabar Ice sayang, cakap tu slow sikit. Naik pekak telinga aku ni tau?"

"Kau!! Kau tidur luar rumah malam ni pakcik tua!"

"Eh, jangan lah.. Aku.."

Tut!

Frostfire dengan sebal mematikan telefonnya.

"Kalau telefon aku sebab nak gaduh, baik tak payah. Dah tua pun nak gaduh, macam budak-budak. Tch.. menyebalkan."














Tbc...

20 vote for next chapter...

Sorry if menghampakan huhuu....

Sorry if menghampakan huhuu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

HaliGem ver zepeto 🤣

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now