Pemandangan di bawah yang memaparkan hamparan kota London. Kota yang penuh dengan kesibukan. Tidak lupa juga pada kepingan demi kepingan salju yang berjatuhan dari langit.
Dia mendengus seraya merapatkan sut hitamnya pada tubuh, dia mengalihkan pandangannya dari kota yang berada di bawah sana.
Kepalanya berkalih pada seorang lelaki yang berdiri tidak jauh daripadanya. Orang suruhannya.
"Bos, kami dah dapat maklumat tentang orang yang bos nak. Semua informasi lengkap tentang dia telah saya hantar ke email bos. Dan ini adalah foto yang bos minta." ucapnya sambil menghulurkan beberapa foto pada bosnya.
Si dia menyambut huluran lelaki itu, dia membelek gambar tersebut satu persatu. Satu senyuman sinis terukir dibibirnya.
"Good."
"Hm, bos."
"Hm?"
"Tiket untuk ke Malaysia sudah ditempah, lusa bos boleh berangkat ke sana."
"Time?"
"10 a.m boss."
"Okey, kau boleh keluar sekarang. Apa-apa info, segera beritahu aku. Understand?"
"Sure boss!"
"Dah pergi."
"B..baik."
Setelah orang suruhannya keluar dari ruangan pejabatnya.
Si dia kembali menatap gambar yang berada digenggamannya. Dia mengusap salah satu gambar seorang lelaki berwajah manis sambil tersenyum tipis.
"I'm back, Gemoy .. I'll take you back to my lap, baby.."
•••••
Hujan membasahi bumi Malaysia. Udara di persekitaran makin mendingin.
Selimut yang membalut tubuhnya, dieratkan. Anak matanya menatap keluar jendela bilik, melihat titisan air hujan yang turun dengan begitu lebat sekali.
Hap!
Gempa tersentak apabila ada yang memeluknya dengan tiba-tiba. Dia tahu siapa si pelakunya, kalau bukan suaminya.
"Sayang.."
Halilintar mengeratkan pelukannya pada sang isteri yang berteleku di tepi jendela dengan selimut membungkus tubuhnya.
"Hm?"
"Kau fikirkan apa? Jauh betul? Ingat kan siapa ha?"
"Adalah..."
"Siapa?"
Gempa tersenyum tatkala mendengar nada suara orang yang memeluknya itu. Dapat dia rasa bibit-bibit cemburu yang berasal dari Halilintar.
"Orang tu.."
"Who?!"
Tertawa Gempa dibuatnya dengan gelagat cemburu Halilintar.
"Orang tu yang tengah peluk aku ni. Ishh, sikit-sikit nak cemburu. Cari suami baru nanti kan, baru padan muka."
"Tak boleh! Don't you dare, nak cari suami baru. Aku babap kang, eeeii.."
Tawa Gempa makin kuat, geli hati dia dengan tingkah merajuk dan kuat cemburu suaminya itu. Dia berbalik, menghadap ke arah Halilintar. Wajah lelaki itu ditangkupnya dengan kedua tangannya.
"Dah jangan nak cemburu, aku gurau aje. Kau tetap nombor satu untuk aku Halilintar."
Mendengarkan itu, wajah Halilintar terus berubah ceria. Dia tersenyum.
"Sayang kau."
"Sayang kau juga."
"Hehet.. Jom selfie."
"Sure, wiuwiu.."
Tbc...
Bonus pic Haligem.. My art.. Still buruk hshshsh 😂..
Vote jangan lupa!! 😎
YOU ARE READING
Mr. Soft (HaliGem) [C]√
Romance"Selembut-lembut dia, akan ada juga kasarnya." Warning! Yaoi! Uke!pregnant Don't like, don't read! Start : 27/10/2020 End : 5/4/2021 Status : [Complete!]