Part 38

977 85 9
                                    

Dia menuruni anak tangga, sesekali anak matanya melilau mencari seseorang.

Seseorang yang menjadi pendamping hidupnya.

Perutnya yang membuyung, menyukarkan pergerakannya.

"Sayang!"

Panggilan nyaring itu mengejutkan Gempa, nasib baik dia tidak tersungkur di saat kakinya mengijak anak tangga terakhir.

"Kenapa turun? Kenapa tak tunggu aku naik dulu? Kalau kau jatuh macam mana?"

Halilintar yang entah datang daripada mana, muncul di hadapannya. Lengkap dengan apron yang membalut tubuh tegapnya, menandakan dia dari dapur. Wajah lelaki itu memancarkan kerisauan.

Gempa merengus. "Ishh aku okey lah, aku cuma boring aje kat bilik sebab tulah aku turun."

Halilintar membuat muka. "Yelah tu. Alasan aje tau."

Halilintar menyentuh perut Gempa.

"Mesti kesayangan daddy dah laparkan?"

"Yes daddy, kami lapar."

Gempa menatap wajah Halilintar dengan muka memelas. Lapar.

Halilintar tersenyum.

"Daddy ada masak tomyam dengan telur dadar. Jom makan."

"Jom!"

Halilintar memimpin tangan Gempa dan mereka berdua menuju ke ruang makan, akan tetapi baru beberapa langkah Gempa berhenti secara mengejut.

"Ouro kenapa stop? Tadi kata lapar, jom lah."

Halilintar melihat wajah Gempa yang mengerut, lelaki itu memegang perutnya. Dia meringis.

Halilintar menjadi panik melihat hal itu.

"Ouro kenapa ni? Kenapa kau pegang perut kau? Sakit perut ke? Nak berak?" mendengar penuturan polos plus risau Halilintar, membuat Gempa ingin sekali melempangnya.

"Sakit.. perut Gem sakit Linlin.. ugh..!"

Gempa menekan perutnya, wajahnya makin mengerut. Menandakan dia sedang menahan kesakitan yang melampau.

"Jangan-jangan, kau nak beranak dah! Hospital! Kita kena pergi hospital!"

Tanpa basa basi Halilintar mencempung tubuh Gempa dengan seluruh tenaga, hal itu berhasil membuat Gempa memekik terkejut.

"Kenapa kau angkat aku?"

"Kita nak pergi hospital lah Gem! Kau boleh tanya lagi, kau tu dah nak terberanak pinak dah!"

Melihat wajah gusar dan panik suaminya, mengundang tawa Gempa. Dia melingkarkan kedua lengannya pada leher Halilintar. Senyuman nakal bermain di bibirnya.

Dahi Halilintar berkerut dengan perubahan isterinya, tadi sakit dan sekarang?

Isterinya dah kenapa?

Gempa mencium pucuk hidung Halilintar. Wajah bingung sang suami dia tatap.

"April fool Linlin, hehehe wiuwiu.."

Otak Halilintar memproses apa yang baru sahaja terjadi. Wajah Gempa yang berada di dukungannya, dia tenung.  Sekarang dia sedar, Gempa mengenakan dirinya.

"Kau prank aku Gem? Kau ingat lawak ke? Mati-mati aku fikir kau sakit sebab nak beranak, benda macam ni pun kau nak buat main. Aku risau tau!"

Gempa mula gelabah apabila melihat perubahan wajah Halilintar yang menjadi dingin.

Nampaknya dia tersalah idea untuk kenakan Halilintar.

Gempa mula mati akal di saat Halilintar membawanya ke ruang makan dan mendudukkan dirinya di kerusi makan. Dia melihat makanan yang berasal daripada air tangan suaminya.

"Makan lah." Halilintar berkata tanpa nada, wajahnya masih kelat dan dingin.

Kemudian dia beredar pergi daripada sana, meninggalkan Gempa bersendirian di ruang makan.

Gempa menggigit bibir bawahnya sambil melihat kepergian sang suami.

"Bodoh Gem! Kan dia dah merajuk. Satu kes pula kena pujuk si lembut tu, haih dahlah nak pujuk dia payah! Mengalahkan perempuan aje merajuknya."











Tbc..

35 vote for next chapter! ❤

Kbai!

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now