Part 8

1.1K 102 3
                                    

Halilintar ke hulu dan ke hilir sambil menunggu bubur nasi yang berada di atas dapur gas itu bergelegak.

"Lamanya, cepatlah. Nanti Gemgem bangun susah pula." omel Halilintar.

Jam yang tergantung di dinding dia kerling, sudah masuk pukul 8 pagi.

Hari ini dia tidak masuk kerja dikeranakan Gempa mengalami demam panas.

Pagi ini, dia berniat mahu menyediakan bubur nasi untuk isteri tersayangnya. Apakah bubur nasi yang bakal dia buat ini akan menjadi?

"Okey bubur nasi hampir siap, tapi... Kenapa air dia kering? Ke air yang aku letak kurang? Rasanya aku dah buat dengan betul.. Kut?"

Halilintar menggaru kepalanya. Bingung.

"Macam mana.. Ha! Aku tau." dapur gas dimatikan.

Halilintar membuka pintu kabinet dapur dan blender dicapai lalu dia mencedok bubur nasi yang tidak menjadi itu ke dalam blender dengan menggunakan senduk.

Setelah itu, dia mengambil air panas di mesin penapis air yang berjenama Cuckoo.

Usai itu, dia blender nasi bersama air panas tadi.

Selesai sahaja blender, Halilintar melihat hasilnya. Dia tersenyum bangga dengan hasil kreatifnya.

"Not bad."

•••••

"Macam mana? Okey tak?"

Halilintar melihat riak wajah Gempa selepas dia menyuapi Gempa. Ingin tahu apakah bubur nasi yang dia buat itu sedap ataupun tidak.

Gempa terdiam, dia tidak tahu nak komen apa.

Sebab bubur nasi yang suaminya buat itu, tiada rasa apa pun. Sudahlah lembik. Rasa seperti makan nestum bayi pun ada. Hampa.

Gempa menatap wajah tertanya Halilintar. Serba salah pula dia mahu mengutuk masakan suaminya.

Dia tahu Halilintar begitu gigih mahu membuat semangkuk bubur untuknya.

"Gem?"

Gempa tersenyum kecil, terlihat seperti terpaksa. Namun begitu, dia terharu dengan perhatian suaminya itu.

"Okey aje. Sedap. Terima kasih Linlin." itu sahaja yang mampu Gempa komen. Tidak mahu komen yang berlebih-lebihan, nanti terlihat sangat yang dia berbohong dan tidak langsung mengejek masakan suaminya.

Dia tidak mahu Halilintar berkecil hati nanti.

Halilintar tersenyum untuk sesaat sebelum luntur. Wajah Gempa ditenung tajam.

"Bohong."

"Ha?"

"Aku tau kau bohong, bubur tu tak sedap kan?"

Gempa mengigit bibir.

"Mana ada, sedap aje lah. Aku tak bohong."

Halilintar hela nafas. "Aku tau kau berbohong, sebab tak nak aku berkecil hati kan? Tengok dari air muka kau pun, aku dah tau macam mana rasanya."

Halilintar amat mengenalinya dengan begitu dalam. Gempa hanya mampu hela nafas. Berbohonglah seberapa banyak pun, Halilintar pada akhirnya dapat mengetahuinya hanya dengan membaca reaksi wajah serta bahasa tubuhnya.

"Fine, aku jujur. Bubur ni tawar seperti makanan hospital. Tapi, kau jangan lah risau. Bubur ni still boleh makan."

"Buang ajelah, biar aku.."

"Tak payah. Sayangkan kalau buang, kau kan dah buat dengan susah payah. Tak apa, aku boleh habiskan bubur ni."

Gempa tersenyum seakan mahu menyakinkan Halilintar.

"Degil. Kalau tak boleh, jangan berlagak seolah kau tu boleh. Tch, sudahlah. Makan cepat, lepastu mandi. Biar aku mandikan kau."

Wajah Gempa memerah mendengarkan itu, dia memukul lengan Halilintar.

"Hei! Aku boleh mandi sendiri lah, ingat aku ni budak-bu.."

"Hmp! Tiada bantahan."









Tbc...

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now