Part 22

975 93 26
                                    

Halilintar tersedar daripada tidur lenanya. Dia mengerling jam dinding yang menunjukkan pukul 3 pagi. Dia memandang siling bilik buat seketika lalu dia mengubah posisi baringannya menjadi mengiring. Dia tidur menghadap ke arah Gempa.

Wajah lena isterinya ditatap penuh kasih sayang.

Dia membelai wajah mungil sang isteri.

Entah mengapa perasaannya menjadi tidak tenang. Gelisah dan resah semacam. Seperti ada sesuatu yang mahu terjadi.

"Aku harap ni semua hanyalah perasaan aku sahaja. Entah kenapa aku dapat rasakan yang kau akan pergi tinggalkan aku Gem. Tolong jangan pergi dari hidup aku Gem.. Aku tak tau apa yang akan terjadi kalau kau tak ada di sisi aku nanti."

Satu kucupan di daratkan pada dahi Gempa lalu tubuh itu didakapnya erat.

"Hali, kenapa ni?" Gempa membuka matanya apabila tidurnya sedikit terganggu. Dia memandang wajah Halilintar yang berada tepat dihadapannya. Wajah itu sayu sahaja, seperti banyak berfikir.

"Kenapa ni sayang? Ada yang ganggu fikiran kau ke? Kenapa tak tido lagi?" tanya Gempa lembut, wajah sang suami dibelainya.

Halilintar tidak menjawab, malah dia hanya merenung begitu tunak pada wajah Gempa.

Dahi Gempa berkerut. "Heyy, kau kenapa ni? Kau.."

"Jangan pernah tinggalkan aku Gem.."

Melihat wajah sayu Halilintar buatkan perasaan Gempa terusik.

"Aku tak akan tinggalkan kau kalau kau yang tak minta aku untuk pergi Halilintar. Dah, jangan banyak fikir. Tido hm?"

"Pinky promise?"

"Pinky promise."

Anak jari mereka saling bertaut, mengikat janji mereka berdua.

"Sekarang tido hm?"

"Okey."

•••••

"Morning hubby."

"Morning too wife."

Mereka berdua saling berbalas senyuman.

"Jom sarapan."

Sepasang suami isteri itu melabuh duduk dan menjamu selera bersama dipagi hari yang tenang.

"Kau dah okey Linlin?" Tanya Gempa sambil memandang ke arah suaminya.

Halilintar mengangguk kepala, dia membalas pandangan Gempa. Dia tersenyum.

"Okey, kenapa?"

"Tak adalah, saja tanya. Sebab semalam kau macam sedih semacam aje. Kau mimpi buruk eh sampai takut aku tinggalkan kau."

Halilintar berhenti daripada menyuap nasi goreng Tomyam. Dia terdiam.

Melihat keterdiaman Halilintar, buatkan Gempa berasa aneh dan risau.

"Are you okay sayang?" Gempa meraih tangan Halilintar yang berada di atas meja. Tangan itu digenggamnya erat.

Kepala Halilintar terangkat, dia pandang wajah cemas milik isterinya. Dia senyum tipis seraya membalas genggaman tangan Gempa.

"I'm okay. Makan lah, nanti dingin tak sedap pula."

"Betul ni okay?"

"Ya, aku okey. Jangan risau hm? Kau tu tengah mengandung tak boleh stress, so jangan bebani fikiran kau dengan hal tak penting hm? Aku okey."

Gempa mengecilkan matanya, sukar untuk mempercayai kata-kata Halilintar.

"Fine. Kalau ada apa-apa, just beritahu aku hm?"

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now