"Kenapa kau nak jumpa aku sweet?"
Gempa menatap kawannya yang bernama Readers a.k.a Sweet. 'Sweet' adalah nama panggilan Gempa untuk gadis di hadapannya. Jangan salah faham, itu panggilan sayang Gempa pada kawannya. Kekadang Halilintar seringkali cemburu dengan panggilan Gempa pada kawannya itu.
"Saja, kau keluar ni dah beritahu suami kau ke? Nanti tercari pula si suami kau yang posesif tu." katanya.
"Dah lah, so apa dia?"
"Hmmm, kau tak perasan yang suami kau tu nampak pelik?"
Dahi Gempa mengerut. Pelik?
"Pelik? Pelik yang macam mana? Aku tengok dia macam biasa aje, tak ada perubahan pun. Still lembut. Kenapa? Dia ada orang lain ke?"
Kepala Readers tergeleng laju.
"Bukan. Dia tak bermain di belakang kau lah. Kalau itu terjadi, aku yang pertama pukul dia. Okey, lari topik. Sebenarnya, kelmarin dia ada minta aku tolong belikan makanan tengahari. Dan kau nak tau apa yang dia minta aku beli?"
"Apa?"
"Makanan yang sangat pelik. Aku tengok pun rasa nak muntah. Suami kau tu okey tak sebenarnya? Aneh aje."
Dahi Gempa makin berkerut. Betul ke apa yang dikatakan oleh kawannya itu? Suaminya aneh?
Rasanya tidak..
Readers yang melihat wajah keliru Gempa, mula buka suara.
"Mesti kau tak percaya kan? Nanti kau tengoklah sendiri, macam mana anehnya suami kau tu. Suami kau tu dah macam orang mengidam.."
Ucapannya terhenti. Dia pandang wajah Gempa dengan mata membulat. Kalau lah tekaan dia benar..
"Ke kau mengandung Gem?"
Gempa tersedak minuman yang dia minum tatkala mendengarkan itu.
"A..apa?! Tak mungkin lah.. Aku kan.."
"Tapi, dari keanehan suami kau tu.. Mana tau kan, suami kau yang dapat alahan seperti mengidam or muntah-muntah. Benda ni tak jarang juga terjadi tapi memang ada. Suami yang pikul beban isteri ketika isteri dia mengandung. Kata orang, tu tanda suami sayang pada isteri dia. Mana tau, suami kau dapat simptom-simptom macam tu?"
Melihat kawannya yang membisu itu, membuat Readers kembali bersuara.
"Kau kata yang kau pernah rasa mual dan muntah-muntah? Betul ke?"
"A'ah. Tapi sekarang dah okey sikit, rasa nak muntah tu dah berkurang. Hmmm, ohya pagi tadi Halilintar ada muntah-muntah. Aku juga ada larang dia masuk kerja hari ni tapi dia degil nak masuk juga, so aku biarkan ajelah. Kenapa?"
"Kau tak rasa apa yang aku cakap tadi tu adalah betul? Ada kemungkinan kau mengandung?"
"Tapi sweet, aku.. aku tak rasa macam tu. Aku tak nak mengharap lebih.."
"Gem..."
Readers meraih tangan Gempa yang berada di atas meja, tangan itu digenggamnya erat mencuba menenangkan kawannya itu.
"Jangan cepat menyerah Gem. Ni mungkin ujian untuk kau dengan Hali. Gempa yang aku kenal bukanlah seorang lelaki yang cepat menyerah. Gempa yang aku kenal adalah seorang lelaki yang penuh dengan rasa semangat dan keyakinan yang tinggi."
Dia menjeda. Anak matanya menatap wajah kawan mungilnya.
"Tapi tak salah kan mencuba?"
Gempa membalas pandangan mata kawannya itu.
"Aku.."
•••••
"Parents aku call, dia ajak makan malam esok. Kau on?"
Tangannya melingkar di pinggang Gempa, kepalanya dilentokkan di atas bahu Gempa. Manja.
Senyuman manis bermain dibibir Gempa. Dia mengerling Halilintar yang bertingkah manja pada malam itu. Kerana geram dia mencubit pipi suaminya, membuatkan lelaki itu merengek.
"Aku on aje. Lagipun dah lama kita tak jenguk mereka. Aku rindu dengan diorang." ucap Gempa sambil itu tangannya membelai rambut lebat Halilintar.
"Baguslah. Esok kita pergi." sahut Halilintar perlahan. Kedua kelopak matanya terpejam, menikmati belaian sang isteri.
"Ouro.."
"Hmmm."
"I want to tell you something, it is beautiful secret."
"Beautiful secret? What's that?"
Halilintar membuka matanya yang dia pejam seketika tadi, kepalanya diangkat dari bahu Gempa.
Dia melentokkan kepalanya sambil memandang Gempa dengan senyuman manis. Halilintar melekapkan pipinya pada pipi Gempa lalu digeser manja. Dia tersenyum.
Perbuatan Halilintar itu, mampu membuat Gempa tidak terkutik. Jantungnya sudah memainkan peranan dengan tingkah manja Halilintar itu.
"Eu te amo Ouro.." ucapnya. Sebelah matanya dikenyit nakal.
Pipi Gempa memerah. Dia mencuba melepaskan diri daripada pelukan Halilintar namun tidak berhasil apabila Halilintar mengeratkan pelukan tersebut. Seolah tidak mahu Gempa melarikan diri.
"Kalau kau lari, aku akan kejar kau sampai dapat. Kalau aku dah dapat, aku tak akan lepaskan kau. Understand Ouro?"
Pipi Gempa makin merah padam. Halilintar yang melihat itu, hanya simpan senyum.
"Sayang.."
"A..apa?"
"Muahh!"
Gempa menutup wajahnya dengan kedua tangannya. Malu!
"I love you too Mr. Soft.."
Tbc...
30 vote for next chap 😎
Sweet dah? Konflik? 😏
K bai!! #lesap
YOU ARE READING
Mr. Soft (HaliGem) [C]√
Romance"Selembut-lembut dia, akan ada juga kasarnya." Warning! Yaoi! Uke!pregnant Don't like, don't read! Start : 27/10/2020 End : 5/4/2021 Status : [Complete!]