Part 9

1.1K 100 12
                                    

Dia menuruni anak tangga dengan berhati-hati.

Anak matanya mencari kelibat si suami.

Gempa melangkah ke ruang tamu apabila mendengar suara televisyen.

Sebaik sahaja dia sampai di sana, dia dihidangkan dengan pemandangan si suami yang sedang melipat pakaian sambil menonton cerita hindustan.

Satu senyuman bermain dibibir Gempa, dia berjalan mendekati Halilintar yang sepertinya tidak menyedari akan kedatangannya itu. Leka betul layan cerita hindustan.

Gempa melabuh duduk di sebelah Halilintar yang melipat pakaian di atas lantai beralaskan karpet.

Halilintar yang perasan akan kehadiran seseorang di sebelahnya, terus menoleh. Dia tersenyum.

"Oh Gem, kenapa turun? Dah sembuh belum demam?"

Halilintar berhenti sejenak aktiviti daripada melipat pakaian, dahi isterinya disentuh. Dia tersenyum lega apabila haba tubuh Gempa tidak lagi panas seperti semalam dan pagi tadi.

"Syukurlah, demam kau dah kebas. Jangan sakit lagi ya sayang? Hati aku tak tenang tengok kau sakit."

Gempa cuma tersenyum, pipi suaminya dicium sekilas.

"Terima kasih Linlin."

"Kasih diterima. Hm, kenapa turun? Bukan ke masa aku turun kau dah tido?"

"Aku tersedar tadi dan cuba nak tido balik tapi tak boleh, so aku turun lah. Kau pula, kenapa rajin sangat lipat baju memalam ni? Tu kan tugas aku, biar aku yang lipatkan."

Gempa mencuba merampas pakaian yang kebetulan Halilintar pegang. Namun belum sempat dia sentuh seinci helaian kain itu, tangannya di tepis oleh Halilintar.

"Hmph! Tak boleh. Walaupun ni memang tugas kau, tapi apa salahnya seorang suami mahu ringankan tugas isterinya? Lagipun kau kan demam. Dah, jangan nak kacau aku buat kerja. Diam aje okey. Alang-alang kau dah terbangun ni, teman aku layan cite hindustan ni. Best juga, ada perang-perang gitu."

"Okey, anything for you Linlin."

Suasana di antara mereka mulai sepi dan hanya suara televisyen yang menjadi latar belakang mereka.

Gempa menjatuhkan kepalanya pada bahu Halilintar. Fokusnya tidak pada TV melainkan suaminya.

"Kenapa tengok aku macam tu?"

"Tak ada apa, cuma aku heran kenapa setiap kali aku tengok kau. Rasa cinta ni makin bercambah."

Wajah Halilintar memerah mendengar luahan Gempa yang tiba-tiba itu. Sejak bila isterinya yang kasar ini dah pandai bermulut manis?

"Linlin.."

"Ya, sayang."

"Misalnya kita tak ada anak nanti macam mana? Kalau Gem tak boleh mengandung macam mana?"

Soalan yang tidak terduga itu buatkan pergerakan tangan Halilintar terhenti daripada melipat baju. Dia terdiam.

"Linlin?"

Gempa menggigit bibir, takut dengan kebisuan Halilintar yang tiba-tiba itu. Gempa mengangkat kepalanya daripada bahu Halilintar. Wajah suaminya, dia pandang.

Halilintar hanya tersenyum kecil. Dia membalas pandangan Gempa, kepala lelaki itu dibelainya lembut.

"Kenapa cakap macam tu? Mungkin tiada rezeki kita lagi. Nanti adalah tu, jangan fikir yang bukan-bukan ya?"

"Tapi.. Misalnya aku tak dapat mengandung sampai bila-bila macam mana? Aku rasa aku bukan digolongan lelaki yang memiliki keistimewaan.. Kalau itu terjadi, aku.. Aku izinkan kau untuk cari.."

Ucapan Gempa terputus apabila jari telunjuk Halilintar melekat pada bibirnya, seolah melarang dirinya daripada bersuara. Dia menatap wajah Halilintar yang sukar untuk dia mengertikan.

"Kenapa cakap macam tu? Aku tak suka tau tak? Malam ni kau asyik merapu aje, ni mesti sebab demam panas ni. Dah-dah, aku tak nak dengar pasal ni lagi. Aku tak suka. Kalau kau cakap hal merapu lagi, aku tak teragak-agak buat kau tak boleh jalan satu bulan."

Wajah Gempa berubah pucat dengan ancaman Halilintar, dia mencubit lengan lelaki itu.

"Tak ada ancaman yang lebih kejam lagi ke?" perli Gempa geram.

"Kenapa? Kau nak hukuman yang lebih kejam ke?"

Melihat senyuman nakal Halilintar buatkan Gempa ingin sahaja tenggelamkan diri ke dasar pantai.

"Dah, lupakan. Tapi, please. Jangan minta aku untuk cari yang lain Gem, bagi aku cukup kau sahaja yang jadi penghuni dalam hati aku. Tiada yang lain. Sebab, bagi aku. Satu nama sudah cukup untuk mengisi hati aku. Cukup nama kau seorang, Gempa."











Tbc...

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now