Part 15

991 96 6
                                    

Gempa keluar dari ruangan doktor pakar puan. Kepalanya tertunduk sambil mengenggam erat sampul surat yang ada ditangannya.

"Ha.. Aku tak sangka yang aku.."

Gempa menyebak rambutnya yang menutupi dahi, dia mengangkat wajah.

Dia memandang sekeliling lorong lobi hospital, tiada orang melainkan dirinya di sana.

Tidak lama kemudian dia memekik girang sambil memeluk sampul surat tersebut.

"Yes! Akhirnya, kami dapat juga. Syukurlah.."

Gempa tidak dapat menyimpan perasaan senangnya apabila doktor yang dia temui sebentar tadi, memberitahu bahawa dia positif mengandung.

Yang dia terkejut, adalah kandungannya sudah memasuki 1 bulan lebih. Jadi selama ini dia tidak perasan. Kata doktor, kemungkinan gejala pembawaan anak sedikit lambat. Sebab itulah dia lambat mendapat gejala seperti alahan atau apa lah itu. Kata doktor itu hal normal.

"Mesti Hali gembira dengar berita ni! Kebetulan pula harini birthday dia.. Tak sabarnya.."

•••••

Jam dinding asyik berdetak, menanda masa sudah berlalu dengan cepat.

Halilintar mengerling jam tangannya. Sudah memasuki jam 6 petang.

Halilintar melihat dokumen serta fail kerja yang masih bertimbul itu. Kepalanya diusap kasar. Anak rambutnya disebak kebelakang.

Helaan nafas berat terhembus di kedua belah bibir merahnya. Hari ini, pekerjaannya terlalu banyak.

"Haishh, sambung esoklah benda ni semua. Nanti tertunggu pula Gempa kat rumah, kesian dia seseorang kat rumah. Entah apa yang dia buat pun tak tahu lah."

Halilintar mengemas peralatan kerja sambil mulutnya sibuk mengomel. Entah untuk siapa dia mengomel, hanya dia sahaja yang tahu.

Usai sahaja mengemas apa yang patut, Halilintar meraih telefon bimbitnya yang terdampar di atas meja lalu dimasukkan ke dalam poket seluar  dan sut hitamnya yang dia sidai di kerusi kerjanya di ambil.

Langkah kaki di buka dan menuju ke pintu pejabatnya.

"Boss!!"

"Opocot gajah terbang!"

Halilintar melatah spontan disebabkan sergahan yang tiba-tiba itu. Telinganya menangkap suara tawa seseorang.

Dia berbalik untuk melihat orang yang sudah mengejutkan dia dengan cara tidak kemanusiawi.

Readers..

"Apa? Kau ni, bagilah salam dulu. Ni main sergah aje. Aku potong gaji kau baru padan muka." omel Halilintar geram.

Readers a.k.a PAnya hanya tersengih-sengih seperti kerang busuk. Dia menghulur kotak yang telah dibalut cantik pada Halilintar.

"Apa ni? Kenapa kau bagi hadiah kat aku?" kata Halilintar dengan wajah berkerut bingung. Walau bagaimanapun dia tetap menyambut huluran gadis itu.

"Ishh, ni mesti bos lupa ni. Harini kan befday bos. Lupa lah tu." Omelnya. Dia bercekak pinggang, sambil menatap sinis pada suami kawannya itu.

"Oh! Harini befday aku eh? Aku tak tau pula, sibuk dengan kerja sampai lupa hal ni. By the way, thanks."

"Hmm, kalau macam tu saya balik dulu bos. Kirim salam saya kat Gempa tau, bye! Jangan lupa buat anak bebanyak ya?!" jeritnya sambil melarikan diri dari hadapan Halilintar sebelum dia dikenakan lemparan kasut oleh lelaki itu.

"Tch, dasar otak udang."








Tbc....

Mesti korang hairan kan kenapa ada nama Readers an? Anggap aje tu korang 🤣🤣..

Mr. Soft (HaliGem) [C]√Where stories live. Discover now