25 Ramadan 1444

18 3 2
                                    

KALAU KENA KECAM DALAM DAKWAH, APA NAK BUAT?

Sunnah dalam dakwah adalah dikecam, dihina, difitnah dan dijauhi. Perkara itu biasa. Namun, bagaimana cara untuk kita berinteraksi dengan kecaman dan cacian manusia?

1) Pertama, bila dikecam, benda paling awal perlu kita buat ialah MUHASABAH DIRI KITA. Mungkin kecaman tu berlaku disebabkan salah kita sendiri, atau dosa yang kita buat, atau kita sendiri yang buka ruanh fitnah. Maka jika itu berlaku, kita perlu bertaubat dan minta ampun pada Allah, serta BAIKI DIRI KITA menjadi orang yang lebih baik. Tak rugi pun muhasabah diri☺️

2) Kedua, sekiranya kecaman itu berlaku oleh sesuatu yang bukan salah kita, bermakna kita berada di pihak yang benar, maka bersabarlah, teruskan dakwah, jangan melayan provokasi dan kecaman tersebut, jangan biarkan kutukan itu melemahkan kita dari terus berdakwah. Yakinlah, bila kita istiqamah, lama kelamaan orang yang benci kita, akan suka pada kita.

3) Ketiga, doa pada Allah dan kembali pada Allah. Allah takdirkan ada orang kutuk dan kecam kita kerana Allah nak jaga hati kita daripada riak, sombong dan ujub. Allah nak kita kembali pada dia, dan berdoa merintih pada dia. Allah nak kita sedar yang kita ni hamba yang lemah serta perlukan dia. Bayangkan kalau kita kena puji je, boleh rosak hati kita dan kita akan mula lupa diri, kan? So, kuatkan hubungan kita dengan Allah tiap kali dikutuk🤲❤️

-Ustaz Adnin

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
×10 Selawat

@PesananDakwahOfficial

Jangan lupa baca al-mathurat pagi ni✨❤

Random TarbiahWhere stories live. Discover now