______________________
...... aku juga mencintainya kerana Allah juga. Aku tidak pernah mencintai seorang lelaki seperti aku mencintai dirinya.
Dia bukan keluargaku,
Tiada kaitan dengan nenek atukku,Tetapi cintanya kepadaku seakan-akan aku ini kekasihnya yang amat dia cintai. Dan inilah apa yang dikatakan nikmat mencintai seorang saudara sepertimana mencintai diri sendiri.
Sahabatku yang masih setia membaca hingga ke tulisanku di sini, aku ingin kongsikan beberapa ibrah hasil daripada ukhuwah kami yang mekar sehingga hari ini alhamdulillah...
1. Cintailah sahabat kerana Allah.
Jangan bersahabat kerana ada keuntungan peribadi.
Jangan bersahabat kerana 'ada udang di sebalik mi'
Jangan bersahabat kerana sama kelas atau sepejabat.Sesiapa pun yang anda kenal, cintailah kerana Allah. Ikhlaskan persahabatan itu dengan kesucian nama Tuhan-Mu. Jangan kotori ukhuwah dengan nafsu serakah keduniaan yang tidak akan pernah puas.
2. Jangan judge seorang pendosa.
Bayangkan jika semua orang masih benci dan tidak bagi saya harapan? Jika sahabatku itu tidak mahu jumpa saya dan abaikan saya, lalu apa jadi? Maka kekallah saya dalam jahiliah.
Jangan putus asa dalam dakwah. Kerana kita tidak tahu saat dan detik hidayah itu akan sampai bila. Janganlah kita jadi asbab dia makin jauh dari hidayah Allah.
Biarlah dia pendosa yang tegar, namun dosanya yang banyak itu tidak akan mampu menutup pintu taubat Allah walaupun satu inci sekalipun. Jangan jadi penentu Syurga Neraka, jadilah pembimbing tangan ke Syurga.
3. Banyak benda lagi yang saya ingin cerita, tapi saya titipkan banyak coretan tentang jahiliah dan hijrah ini dalam buku #Henshin2, jilid kedua tentang ini. Saya padatkan tentang huraian dosa-dosa mainstream anak muda hari ini dan cara untuk berhijrah. Bukan itu sahaja, tetapi juga tentang kisah-kisah orang yang macam saya, yang mampu berubah tinggalkan jahiliah lillahi ta'ala. Semuanya ada dalam #Henshin jilid dua. Ada di seluruh kedai buku.
4. Kalau nak tahu lebih tentang kisah bagaimana say berubah dan berbaik dengan ibu setelah lari dari rumah 2 bulan, saya titipkan sedikit dalam buku Move On nukilan saya. Moga bermanfaat inshaAllah.
Akhir kalam, cintailah sahabat kerana Allah dan inshaAllah Allah akan hadirkan cinta yang teragung yang akan diselit kemas dalam ukhuwah yang terbina itu. Aku rahsiakan namanya, tetapi aku tidak akan mampu untuk rahsiakan rasa cintaku kepadanya, selama-lamanya.
Allah, aku harap aku mampu bersamanya di Syurga Firdausi yang tertinggi. Amin ya Allah.
Amin.
____________________
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner