Jangan terlalu berharap bahawa lelaki yang bertemu ibu bapa kita itu adalah betul jodoh yang telah ditetapkan oleh Allah. .
Boleh jadi ia hanya merupakan ujian yang Allah datangkan kepada kita untuk menguji sejauh mana kebergantungan kita pada Allah SWT di setiap apa yang berlaku dalam hidup kita.
.
Sampai satu saat, Allah takdirkan dia pergi dari hidup kita walaupun dia pernah berjanji di hadapan ibu bapa kita untuk menghalalkan kita kelak.
.
Mungkin hari ini, Allah hadirkan si dia untuk menguji kita. Akan datang, mungkin Allah hadirkan lelaki lain pula untuk menguji kita. Sesungguhnya, Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Berharaplah hanya pada Allah kerana sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan hambaNya dalam kesedihan.~ Sis Rieyna 🌸
@TheTulisanDakwah
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner