The Faith

333 27 7
                                    

Lagu cover terbaru by the4aith!

Dengarilah (despacito cover)

Jom dengar!
And jom join diorang punya chanel at telegram

Maaf lah kalini panjang sedikit,
Penting rasanya untuk remaja yang nak kahwin awal atau persiapan sebelum pasang niat untuk berkahwin.

Ibu saya ada pesan ; "Nak mencari wanita, carilah yang tidak muat naik gambar mereka dalam media sosial. Kalau yang berpurdah pun sama, cari yang tidak suka berselfie dan menunjukkan muka sekalipun mereka berpurdah. Nak menutup muka pakai purdah tu bagus, cuma bila muat naik gambar selfie sana sini pakai purdah tu boleh mendatangkan fitnah.

Yang punyai akaun di media sosial pun sama. Mereka ini akan terikat masa dengan media sosial dan pembacaan karut marut di internet berkenaan dengan 7 ciri yg perlu ada pada lelaki, 5 perkara yang wajib buat selepas bernikah dsb. Dah berduit, sekarang ni cari lah yang betul-betul istiqamah jalankan syariat Allah dulu, bukan fikir taste kita sahaja.

Orang dulu-dulu kekal sampai ke mati sebab tak banyak high expectation akhir zaman ni. Kita ni pula gatal sangat nak nikah sebab harapan dan cerita dongeng malaya tv3 jam 7 malam, nak buat candlelight dinner dan honeymoon tiap-tiap hari. Fikir sedap tekak je, amanah Tuhan nanti macam mana?

Cari yang mampu ; 👓 Jaga solat AWAL WAKTU.
👓 Suka BANTU makayah di dapur.
👓 Pandai AMBIL HATI manusia.
👓 Bijak mengawal EMOSI.
👓 PANDAI menguruskan kewangan.
👓 TAKUT pada Allah.
👓 AMANAH dalam melaksanakan tuntutan AKHIRAT.
👓 JAGA adab di hadapan SUAMI dan KELUARGA.

Yang di atas ini semua asas dalam membentuk kehidupan yang sejahtera.

Cuma,
kan dalam Quran, Allah ada sebut ; "Wanita-wanita yang tidak baik untuk laki-laki yang tidak baik, dan laki-laki yang tidak baik adalah untuk wanita yang tidak baik pula. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk wanita yang baik".
(An-Nur Juz 18 Ayat 26)

Jadi, nak macam tu kena jadi macam tu ya sayang?

Saya terdiam dan terkedu. "Amazing ma, terima kasih sebab membuka mata dan hati saya". Moga bermanfaat.

@the4aithofficial ⬅jom join telegram diorang! Diorang punya lagu cover semua bestbest!

Random TarbiahWhere stories live. Discover now