Tanda Cinta

315 22 3
                                    


Tanda Allah سبحانه وتعالى Cinta Kita

" Kalau Allah سبحانه وتعالى tak sayang kita, kalau Allah tak cinta kita, Allah سبحانه وتعالى tidak akan panggil kita ke Rumah Nya. Misalnya kadang kadang ramai diantara kita nak buat majlis kahwin, doa selamat ,kenduri & sebagainya kita tidak akan panggil sesiapa melainkan orang yang rapat dengan kita. Inilah budaya manusia

Bagitu juga Allah سبحانه وتعالى. Allah سبحانه وتعالى tidak akan panggil sesiapa ke Rumah Nya melainkan orang yg rapat dengan Nya. Dengan cara apa Allah nak panggil orang itu ke Rumah Nya? Allah سبحانه وتعالى akan bukakan hatinya. Hidayah itu masuk ke dlm hati org itu tanpa dia rasa.

Tiba2 sahaja dia rasa menyesal, rasa rindu kepada Allah, sehingga hatinya berbisik, sampai bila saya nak jadi macam ni? bila lagi saya nak cari bekalan akhirah? Inilah sebenarnya jemputan daripada Hadhroh Allah سبحانه وتعالى

Kalau Allah x sayang kita, tak cinta kita dan tak suka kita. Demi Allah kita takkan sampai ke Rumah Nya. Hidayah milik Allah. Dan janganlah kita pandang sesiapa dengan pandangan yang hina dan benci. Syukurlah dengan keadaan kamu sekarang.

Bila kita rasa berat nak buat Ibadah, & rasa berat nak masuk ke dalam majlis Ilmu itu Musibah. Tapi bagaimana kita risaukan atas diri kita sendiri. Kita bersyukurlah kepada Allah dan Allah akan pelihara kenikmatan ini untuk kita.

Yakinlah. Yakinlah. dan Yakinlah. Sepertimana Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم Beritahu kepada kita di dlm hadith soheeh, Orang yg senang masuk dalam Ibadah kepada Allah, orang yg senang mengaji Al Quran, orang yg senang nak masuk ke Majlis Ilmu, orang yg senang berzikir kepada Allah dan orang yg rasa tenang semasa dia berada di dalam Rumah Allah, maka orang itu senang masuk Syurga.

Jika di dunia ini ada orang yang Special disisi manusia, VVIP yang sentiasa mendapat tempat dan layanan istimewa. Di Akhirat juga begitu. Di Akhirat juga ada orang Special dan VVIP disisi Allah سبحانه وتعالى. Siapakah dia?

Dia adalah orang yg sentiasa masuk ke dalam Majlis ilmu & senang melakukan Ibadah semasa di dunia, maka di Akhirat nanti amalannya yg tunggu di hadapannya, Al Quran ,puasa, zakat, Majlis Ilmunya tunggu di depannya supaya senang semua amalannya ini membuka jalan untuk dia terus masuk ke dalam Syurga.

Alhamdulillah. Hari hari & malam malam berlalu dengan cepat. Hafal lah faedah ini, hari khamis minggu ini tidak sama macam khamis minggu lepas, khamis hari ini tidak sama macam khamis minggu depan. Sebab setiap hari  mempunyai Rahsia dan Khasiatnya tersendiri yg tidak ada di dalam hari hari lain.

Maknanya isi lah hari hari kamu dengan perkara yang terbaik. Kerana mereka (hari hari) menunggu apa yg kamu nak isi di dalamnya. Isilah hari mu dengan Ibadah, zikir ,selawat dan sebagainya kerana pada hari Akhirah dia akan bercakap di hadapan Allah سبحانه وتعالى dengan lidah yang fasih, Ya Allah fulan bin fulan sudah buat pada aku perkara ini perkara ini pada hari ini. Begitulah berikutnya. Semoga Allah سبحانه وتعالى panjangkan umur kita dengan penuh ketaatan kepada Allah, & semoga Allah jadikan setiap nafas kita ini sentiasa dalam Ibadah.

Kadang kadang orang itu sudah ditakdirkan Allah mati hari ini, tapi Alhamdulillah dia masih hidup, dapat umur yg baru daripada Allah. Disebabkan Berkat Majlis Ilmu, doanya, zikirnya, faedah yang dia dengar dalam majlis ilmu , amalan dan niatnya yg baik.

Bila kita berdoa di dalam Majlis Ilmu untuk dipanjangkan umur dan ramai orang di dalam majlis itu mengaminkan doa itu, tapi Allahu A'lam siapakah diantara kita mulia disisi Allah سبحانه وتعالى yang makbul doanya.

Sabda Rasulullah صلى الله عليه واله وصحبه وسلم, tidak ada 40 orang yg berkumpul di dalam majlis daripada ummatku melainkan diantara mereka ada seorang Waliyullah. Setiap 40 orang mesti ada seorang antara mereka Waliyullah. Doanya makbul.

Kalau di dalam majlis ada lebih 1000 orang, berapa ramai Waliyullah ada di dalamnya. MashaAllahh. Inilah Berkat Tanda Allah Cinta. Rajin rajinlah hadir majlis ilmu, Majlis Ilmu itu Universiti dan Hospital Rasulullah صلى الله ع

@ImanQowiyy

Random TarbiahWhere stories live. Discover now