27 Ramadan 1444

13 1 0
                                    

Selawat Kita Sampai Pada Nabi ﷺ

1. Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Sesungguhnya selawat kita akan disampaikan kepada Rasulullah ﷺ. Sabda Rasulullah ﷺ:

وصلُّوا عليَّ فإنَّ صلاتَكُم تبلغُني حَيثُ كنتُمْ

“Dan berselawatlah ke atasku, sesungguhnya selawat kamu akan sampai kepadaku dimana sahaja kamu berada.” (HR Abu Daud)

2. Dalam sebuah hadis yang lain pula, Rasulullah ﷺ memperincikan lagi tentang keharusan memperbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Sabda Rasulullah ﷺ:

إنَّ مِنْ أفضَلِ أيّامِكُمْ يَوْمَ الجُمُعة  فأكْثِرُوا عَليّ مِنْ الصّلاَةِ فِيهِ فِإنّ صَلاَتكُمْ مَعْرُوْضَةٌ عَلي

“Sesungguhnya antara hari yang paling baik adalah Hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan kepadaku.” (HR Abu Daud)

3. Ketika menghuraikan hadis ini, Mulla Ali al-Qari menjelaskan bahawa ini adalah gambaran bagaimana selawat seseorang itu akan sentiasa diterima bahkan dibentangkan kepada Rasulullah melalui malaikat. Kata beliau:

يَعْنِي عَلَى وَجْهِ الْقَبُولِ فِيهِ، وَإِلَّا فَهِيَ دَائِمًا تُعْرَضُ عَلَيْهِ بِوَاسِطَةِ الْمَلَائِكَةِ

“Iaitu (hadis ini) membawa maksud gambaran penerimaan selawat seseorang itu, atau paling tidak ia menggambarkan bagaimana selawat itu dibentangkan kepada Rasulullah ﷺ melalui perantaraan malaikat.” (Mirqah Mafatih)

4. Manakala Ibn Mulaqqin pula menyatakan bahawa maksud dibentangkan selawat itu kepada Rasulullah adalah seakan penyerahan hadiah buat Baginda Nabi ﷺ. Kata beliau:

معنى معروضة علي موصولة إلي توصل الهدايا

“Yang dimaksudkan selawat itu dibentangkan ialah ia disampaikan kepada Baginda Nabi (seperti) sampainya hadiah-hadiah.”

Perbanyakkan selawat pada hari Jumaat. Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi

Cc : @drahmadsanusiazmi

اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
×10 Selawat

@PesananDakwahOfficial

Random TarbiahWhere stories live. Discover now