Cinta sebelum ?

238 22 0
                                    



Cinta ialah untuk bersamanya hingga ke syurga.. Apa sahaja yang membawa ke nerakaNya, itu bukan cinta kerana jika kita kasih dan sayangkan seseorang, mustahil kita akan merosakkannya..

Tetapi, masyarakat memandang cinta itu kotor dan jijik.. Sebut sahaja cinta sebelum nikah, ianya seolah-olah 'taboo' .. Rata-rata memandang bahawa cinta adalah hubungan intim antara lelaki dan perempuan, cinta itu melalaikan dan mengasyikkan..

Sebenarnya, definisi cinta itu diambil dari mana..? Adakah dari filem-filem Hollywood..? Ya, kita mengambil definisi cinta melalui adegan-adegan yang terdapat di dalam filem Hollywood.. Bagi kita, cinta itu adalah keluar berdua-duaan, berpegangan tangan, hubungan seks, ciuman, sentuhan tanpa mengira batas agama dan tatatertib kesopanan masyarakat.. Dan akhirnya muncullah ajaran bahawa cinta selepas nikah lebih membawa berkat dan cinta sebelum nikah adalah haram..

Disebabkan pemahaman sebeginilah, cinta itu nampak jijik untuk dibicarakan sedangkan cinta hanyalah mangsa keadaan.. Manusia itu sendiri yang perlu perbetulkan pandangannya..

"Mak, saya rasa saya perlu kahwin"

"Hang kecil lagi.. Belajar dulu"

Dengan jawapan sedemikian, anak akan memberontak dan akhirnya memilih jalan sendiri dalam bercinta yang mana kebanyakannya tidak berakhir dengan baik dan merentas jalan-jalan yang dimurkaiNya..

"Awak, saya rasa kita kena bincang benda ni guna mulut"

"Guna email atau SMS je boleh tak..? Sebab nak jaga dar zina hati"

[PERBUALAN DI ATAS ADALAH MELALUI SMS]

Akhirnya, perbincangan yang mudah menjadi sukar dengan pelbagai interprestasi.. Tulisan yang tidak bernada membawa pelbagai spekulasi menjadikan perbincangan yang sepatutnya lancar menjadi berjela-jela dan keputusan yang sepatutnya boleh didapatkan bertukar menjadi perbalahan.. Akhirnya, merosakkan hubungan kedua-dua pasangan yang ingin mendirikan perkahwinan..

Kumpulan yang mengharamkan cinta sebelum nikah secara membuta tuli tanpa pembetulan pendefinisian cinta yang sebenar akan membawa kepada kerosakan..

Cinta sebelum nikah bukanlah couple, bukanlah sesuatu yang membawa kepada kelalaian dan kerosakkan.. Tetapi, cinta sebelum nikah itu lebih kepada persediaan diri, persiapan emosi, peningkatan kematangan, pemantapan ibadah dan usaha dalam mempersiapkan diri dalam hal kewangan.. Itulah cinta sebelum nikah..

Orang yang cintakan pasangannya akan mempersiapkan diri, meletakkan target bila hendak bernikah, akan bertaaruf dan merapatkan dirinya dengan ibu dan bapa bakal pasangannya..

Anak-anak akan terdidik dengan cinta sebenar akan menjauhi cinta rosak dan palsu, berasa indah dan berpuas hati dengan Islam yang menjaga dan memandu fitrah manusia..

Anak-anak yang faham makna cinta tak akan terburu-buru dengan urusan perasaan kerana hakikat cinta yang sebenar adalah dipandu oleh keimanan.. Jadi, tidaklah mudah dia meluahkan rasa cinta, terjatuh cinta sini sana dan apabila jatuh cinta, dia akan mengambil jalan yang benar.. Malunya bertempat dan berpada-pada.. Dia akan menyegerakannya dan dalam penyegeraannya itu, dia berjaga-jaga..

Cinta itu mahal dan tinggi harganya, membina dan mustahil merosakkan jiwa.. Cinta menjadikan seseorang itu matang, berfikiran jauh, bertanggungjawab dan berusaha mempersiapkan dirinya.. Cinta itu suci dan bersih..

Kalau kita salah mendefinisikan cinta, kita akan menyukarkan mereka yang tidak sepatutnya kita sukarkan dan kita akan mempermudahkan mereka yang tidak sepatutnya kita permudahkan..

Islam tidak mengharamkan fitrah tetapi mengawalnya.. Bagaimanakah cinta itu boleh dikatakan haram sedangkan cinta itu adalah fitrah yang utama..? Sebelum bernikah, selepas bernikah, halal dengan definisi sebegini..

Maka, yang sepatutnya kita lakukan adalah membersihkan cinta bukan mengharamkannya kerana mengharamkannya akan membawa kepada 1001 lagi kerosakan kepada masyarakat kita..

@FatynnsOfficial

Random TarbiahWhere stories live. Discover now