Label

172 16 4
                                    

KENAPA BEGITU YAKIN MELABEL ORANG LAIN MUNAFIK?
.
(capslock sebab nak bagitahu tu tajuk, bukannya marah eh)
.
manusia, kenapa kau begitu yakin melabel manusia lain sebagai munafik? tidakkah kau tahu bahawa yang kau panggil munafik itu adalah juga manusia. sifatnya sama seperti kau; tidak sempurna dan mudah lupa. tapi kenapa kau teramat sangat yakin memanggil saudaramu seorang munafik?
.
sebenci mana dirimu terhadapnya, kau tak pernah layak memanggil sesiapapun sebagai munafik. kau yang bernama hamba Tuhan dan yang selamanya bernama hamba Tuhan tak akan pernah punya kuasa untuk memunafikkan manusia lain
.
aku, kau dan kita; p semuanya sama. yang buruk semuanya datang dari kita. yang baik-baik semuanya dari Tuhan. andai ada sifat baik itu dalam dirimu, itu tanda Tuhan pinjamkannya kepadamu dan kau patut bersyukur. tetapi... itu bukanlah tanda kau bebas menjadi Tuhan kepada manusia lain
.
istighfarlah saat kau merasa dirimu suci dan manusia lain tidak sesuci dirimu. itu adalah permainan syaitan supaya kau jadi ego dengan ‘kesucian’ kau. dan saat kau merasa orang lain lebih baik dari dirimu, janganlah kau terlalu merendah-rendahkan dirimu. minta kepada Tuhan supaya dipinjamkan sedikit sifat-sifat baik Tuhan yang berangka sembilan puluh sembilan itu. jangan miskin meminta wahai manusia
.
akhir kata; manusia hipokrit itu memang wujud tapi untuk kau label sebagai munafik, jangan. biarkan hatinya hanya Tuhan yang tahu. dan biarkan hatimu sentiasa dibersihkan supaya kau mampu merasakan bahagia dengan membuat orang lain juga bahagia 😊

#writtenbynblhn

Random TarbiahWhere stories live. Discover now