[Tazkirah Aimang Banna]
Pernah nampak lelaki kacak?
Pernah nampak perempuan lawa?Saya pernah dan saya yakin anda juga pernah.
Lelaki kacak saya nampak setiap hari dalam cermin [uhukk] dan perempuan lawa ada dimana-mana.
Bila lihat yang berlainan jantina + set-set lawa, seriuslah saya kata kat kamu, hati bergetar.
Hati kecil update status.
1. Wah handsome/cantiknya awak!
2. Apakah dia tercipta untukku?
3. Pandang sekali, pasti nak lagi.
4. Kalau dapat nombor atau fb atau twitter, itu rezeki besar!
5. dllSaya tahu, saya sendiri alami perkara itu. The best part bila dia pandang kita semula.
Rancaknya hati kecil kita itu terus update status banyak-banyak bila dia balas pandangan. Tidak cukup dengan itu sahaja. Siap tweet dan insta-insta lagi.
1. Amboih. Cintaku dibalas.
2. Anak-anakku akan comel dan lawa
3. Baju kahwin nanti kaler apa ya?
4. Kad kahwin nak suruh Aiman Banna designkan la.
5. dllAmek kau. Teruknya kan? Elleh... saya, kamu dan kita mostly semuanya begitu.
Sebenarnya tidak elok sebegitu, khuatir banget untuk kita zina hati. Jadi, bagaimana untuk hadapi situasi-situasi sedemikian!?
2 tips mudah.
1. Tunduk Pandangan.
2. Suu Dzon.#1 Tunduk pandangan.
Analogi mudah:
Masa kita puasa, kita terhidang dengan rezeki makanan yang enak di depan mata, takkanlah nak mendekatkan diri dan menghidu-hidu. Konfemm akan makan juga tanpa disedari akal waras. Itulah berlaku apabila nafsu menguasai.SO, langkah berjaga-jaga untuk tidak pecah puasa, kita lari daripada zon jajahan bau makanan itu ataupun tutup hidung dan mata serentak sehinggalah azan maghrib.
Begitu juga apabila ada makhluk manusia lawa tampan di depan mata. Tundukkanlah pandangan ataupun lari jauh-jauh!
Takut nanti kita terpecah iman, khuatir terjadi perkara seperi Couple, Zina [na'uzubillah]
#2 Suu Dzon
Suu Dzon, ejaan saya itu tak macam kearaban pung tapi maksudnya sangka buruk.
Bukankah kita diajar untuk sentiasa sangka baik!? Apakah saya mengajar ajarang sesat!? Arghh...
Sebenarnya, sangka buruk perlu juga terutamanya dalam situasi ini.
Bila kita jalan naik atas pentas, mesti kita perasan ada orang dok ushar kita.
Bila ada orang balas pandangan kita, mesti kita perasan dia suka kita.Jangan perasanlah. Tetapi kalau betul pung, di sinilah gunanya sangkaan buruk kita.
"Elleh, bukan aku sorang je dia ushar, mesti ramai lagi lelaki lain. Aku ni second hand je, entah-entah hundreth hand"
"Elleh dia tak pandang aku pun, dia pandang seluar jeans yang aku pinjam daripada jiran sebelah. Dah laa bundle je. Kahkah"
Maka, sangkaan buruk kita itu menjaga hati kita daripada SYOK SENDIRI ataupun layan zina hati.
Faham dok?
[Peringatan]
Sangka buruk itu biarlah dalam hati, jangan nak update status, tweet bagai. Nanti jadi fitnah kepada diri! -..-Konklusinya:
Jaga mata, jangan suka mengusha.
Jaga hati, jangan jadikan anak tiri [sinetron]Jagalah hak Allah, Allah akan jaga kamu!
Sangka buruk & baik bertempat, pandai-pandailah!
Fa' tabiru!
[Ambillah iktibar!]Seorang Hamba,
Aiman Banna.#AimanBanna
#AQADAws
#HijrahHinggaJannah
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner