Tuhan kadangnya tegur kita dengan pelbagai cara. Tapi kadangnya kita yang terlampau selesa dan fikir kita sudah cukup baik.Jika Dia jauhkan dari seseorang, mungkin kerna kau sering terlupa Dia ketika kau sedang romantik dan rasa bahagia. Walhal rasa bahagia itu Dia yang beri pinjam.
Jika kau sudah usaha tapi masih gagal, itu tandanya Dia mahu kau usaha lagi dan lebih minta pada Dia. Atau mungkin juga kerna Dia mahu kau punya sesuatu yang lebih indah di tempat lain.
Dan kadangnya apabila hati kau sering kosong dan sunyi, itu tandanya satu, kau jarang baca Al-Quran, kau lebih suka scroll telefon dari berzikir.
Ya, kita semua sering terleka. Dan semoga kita sedar dari leka, dan sempat bertaubat sebelum mata ini ditutup buat selamanya.
@ayatmenarik
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner