Kebahagiaan

549 32 0
                                    


Jangan letak kebahagiaan kau pada manusia semata-mata. Kerna manusia itu kadangnya ada waktu "Tingtong" dia dan dia mungkin akan persampahkan kau apabila dia lupa diri.

Bahagia itu dicapai dengan menghormati diri kau dan tidak memaksa diri kau untuk menjadi manusia lain. Kerna itu kau boleh lihat, walaupun dia masih sendiri, dia masih boleh ketawa tak ingat dunia dan siap mudah terhibur lagi.

Tak guna berpasangan tetapi masih rasa sendiri. Dan lagi tak guna kau membandingkan kehidupan indah kau dengan manusia lain.

Hidup kau dah cukup indah. Kau sahaja yang cuba hidup di cerita Cinderella walaupun jalan cerita kau umpama Snow White.

🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟🌟

Belajar melepaskan, insan yang sudah terangan kau tidak boleh milikinya.

"Aku sudah cuba lupakan dia tetapi dia masih dalam hati."

Itu kata-kata insan yang suka membina seribu alasan demi menjadi hamba pada hatinya. Kau tidak perlu melupakan, kau perlu terima keadaan yang berlaku. Itu yang kau tersilap dan kerna itulah kau masih berpusing-pusing di perasaan yang sama walaupun sudah berjuta kali kau cuba.

Kau harus faham, yang dijauhkan, itu tandanya dia bukan yang terbaik. Menyukai tidak bermakna kau boleh miliki dia. Stop jadi hamba pada perasaan dan START hari esok kau dengan jadi tuan kepada hati kau yang suka merayu dan terhegeh.

Kadangnya mengalah itu perlu buat insan yang tak sedar diri. Tuhan dah cakap dia bukan yang terbaik, tetapi dia tetap sibuk mahu melawan kuasa Tuhan. Dasar manusia tidak sedar diri.

Dan poyo.

Hidup kau masih jauh. Buka mata dan tampar diri kau yang sentiasa rasa tidak kuat dan malas mahu bangkit. Ini masanya untuk lepaskan yang menyakitkan, dan mula menghargai keindahan yang mendatang.

@thefaizibrahim

Random TarbiahWhere stories live. Discover now