RAMADAN DAN PENGAMPUNAN DOSA
مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa mendirikan Ramadan dengan keimanan dan pengharapan, diampunkan baginya dosa-dosanya yang telah lalu.”
HR AL-BUKHARI
Al-Hafiz Ibn Hajar memberi makna ‘Barangsiapa yang menghidupkan Ramadan’ adalah kita menghidupkan malam-malamnya (Ramadan) dengan bersolat. Selain itu, beliau menyebut bahawa Imam al-Nawawi memberi maksud menghidupkan Ramadan adalah dengan solat Tarawih. (Fath al-Bari, 4/251)
—Hadis Palestin
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner