Ramadan-19

26 9 0
                                    


1. Siapakah diantara kalian yang mengetahui seberapa banyak telah kalian berkelip hari ini? Siapakah diantara kalian yang mengetahui seberapa banyak oksigen yang telah kalian sedut pada hari ini?

2. Siapakah diantara kalian yang mengetahui bahawa esok kalian pasti akan diberi nafas lagi oleh Allah SWT? Siapakah diantara kalian yang mengetahui bahawa kalian tidak akan ditimpa kecelakaan esok hari?

3. Jika persoalan persoalan seumpama ini tidak mampu kita jawab, maka tak usahlah untuk kita menyombongkan diri. Sekalipun kita hebat dalam sesuatu bidang keilmuan, ia tetap suatu kurniaan yang wajib disyukuri dan bukan tiket untuk kita menyombongkan diri.

4. Allah SWT berfirman di dalam kitab suciNya Al Quran yang bermaksud, "dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan melainkan sedikit sahaja" (Al Isral 85).

5. Manifestasi ayat suci Al Quran ini adalah sebagai peringatan kepada kita bahawasanya ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita hanyalah sedikit. Dengan makna, banyak lagi ilmu yang kita tidak ketahui. Lalu apa perlunya untuk kita menyombongkan diri?

6. Justeru, ilmu perlu dicari dengan kerendahan dan keikhlasan hati. Ini kerana, ilmu yang diperolehi dengan hati yang ikhlas akan menghasilkan jiwa jiwa yang sentiasa terpandu untuk melakukan amal yang benar bertepatan dengan syariat Islam dan jauh daripada bersifat dengan sifat riak serta sombong.

7. Adapun menuntut ilmu dengan akibat hati yang tidak dihiasi dengan keikhlasan, malah bertujuan pula untuk berdebat dan berlawanan demi meraih keuntungan dunia, maka selamanya ia tidak terbimbing dalam melakukan amal ibadah yang benar. Ilmu yang diperolehi pula tidak bisa untuk mendekatkan dirinya kepada Allah SWT. Wal'iyyazubillah.

#BudayaIlmu

#AkhiAdifGorment


Random TarbiahWhere stories live. Discover now