PALESTIN DIBIARKAN TERBAKARNegara haram Israel yang ditubuhkan di bumi Palestin pada tahun 1948, laksana rompakan pada waktu siang hari dengan disaksikan oleh masyarakat antarabangsa. Kini, mereka lebih mengganas lagi apabila bertindak membunuh rakyat Palestin yang asal, merobohkan rumah-rumah kediaman, merampas tempat perniagaan dan kebun-kebun yang dimiliki sejak turun-temurun selama beberapa abad dan bersilih ganti antara generasi.
Alasannya adalah semata-mata bagi menempatkan pendatang haram Yahudi yang datang dari seluruh pelosok dunia, demi menegakkan Negara Agung Israel (Greater Israel). Sebuah negara yang dibatasi sempadan bermula dari Sungai Nil di Mesir hingga Sungai Furat di Iraq, termasuk Kota Tanah Suci Madinah hingga Yanbu‘ di Arab Saudi, dan seterusnya menakluk dunia. Perjuangan menegakkan negara haram ini telah ditanam dalam fikiran yang menjadi kepercayaan penganut Yahudi Zionis.
Lebih malang lagi, alasan agama Yahudi dijadikan hujah mereka, kononnya untuk mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman AS bagi memimpin dunia. Sesungguhnya, ketetapan Allah SWT hanyalah kepada Rasul-Nya yang adil iaitu kalangan mereka yang beramal dengan kitab Allah, bukanlah untuk bangsa Yahudi yang dilaknat Allah dan merupakan pembunuh para anbiya’, pemimpin yang adil dan para ulama’.
Maka, apa yang dinamakan sebagai penyelesaian dua negara (two-state solution) sebagaimana yang diuar-uarkan, dalam keadaan salah satu daripadanya adalah negara untuk rakyat Palestin hanyalah omong kosong kepada negara Arab dan Islam. Dalam keadaan Israel sendiri juga tidak menerima konsep tersebut.
Sebenarnya, Israel sedang membakar Palestin melalui tindak-tanduknya yang sangat melampau. Pendatang haram Yahudi secara bertali arus datang dan dibawa masuk bagi mengisi bumi Palestin yang terus dirampas. Malah, mereka mendapat perlindungan daripada pihak tentera dan polis Yahudi, serta bekalan senjata bagi membunuh sesiapa yang melawan.
Tulisan:
Tuan Guru Haji Hadi AwangBaca selanjutnya:
https://harakahdaily.net/index.php/2023/03/14/palestin-dibiarkan-terbakar/Ramadan kareem semua♡
Kali ini, random tarbiah kita update pasal wasilah, sirah pulak ya, semoga bermanfaat.
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner