Ampun

199 19 0
                                    

Attention!!
This is not my story
Saya copy dari tele

Harap boleh dijadikan pengajaran/panduan.

🌼🌼🌼🌼

" Kau kenal dia tak ? "

" Who ? "
Aku angkat kening.
Diantara confuse dan blur.

" Yang sem lepas menjadi bualan fakulti. "

Aku usap-usap dagu lembut.
Memikirkan siapa yang dimaksudkan dan gerangan orangnya dari awal,
Baru ku ingat, sebentar tadi dia ada kata,

" Semua lelaki dia nak. Apa punya perempuan lah jenis dia tu. "

Masa tu aku dapat agak siapa yang dimaksudkan.

Itulah keypoint utama !
" semua lelaki dia nak "

sebab selama ini, aku turut dengar cerita tentang 'dia' yang dicanang dari satu fakulti ke fakulti yang lain.

Sehinggalah satu masa aku rasa nak dekati 'dia' yang dicanang aib itu.

- - - - - - - - - - - - - - - -

Ditakdirkan Tuhan,
Kami melibatkan dalam 1 program fakulti dan berada di kumpulan yang sama. Program itu pula memakan masa dalam 2 minggu. Perkenalan bermula.

Selama 2 minggu itu, aku kenali dia, selami kisah dia, mendengar cerita dia, dan ya aku belajar banyak benda selama 2 minggu itu.

Apa yang di canang selama ini yang aku dengar dari mulut manusia berhati busuk adalah cerita yang ditokok tambah lalu diubah jalan cerita serta diputar belit.

Dia seorang pelajar bukan islam, dan telah pun melahirkan satu bayi tapi orang ramai tidak jelas 'siapa' lelaki ayah kepada si bayi. Sehingga menabur fitnah kata bermacam kepada dia.

Namun di sebalik cerita sebenar, rupanya dia telah pun mempunyai ikatan tunang dengan seorang lelaki. Namun bila hendak melangkah ke alam perkahwinan keluarga lelaki tidak pula merestui secara tiba-tiba atas asbab 'dendam kesumat' di antara kedua belah pihak yang dipendam bertahun lamanya.

Disebabkan cinta sama cinta
Dia dan tunangnya telah 'mencabar' kedua ahli keluarga dengan terpaksa 'melakukan perkara itu' dengan harapan bila mengandung mereka jadi nikah.

Tapi hampa.
Semakin dicabar, keluarga lelaki semakin tercabar hingga hilang sabar lalu menghalau keluarga dia yang bertandang ke rumah untuk membawa khabar kehamilannya lalu lelaki itu pula di uruskan perpindahannya nun jauh di sana. Pertunangan telah putus.

Kali ini 'dia' yang dicanang ceritanya ke seluruh fakulti
Adalah 'dia' yang paling banyak 'berdarah jiwanya' dalam diam.

1. Hubungan diputuskan
2. Hamil tanpa suami
3. Meneruskan pengajian semasa 'sakit teruk' hamil kali pertama.
4. Jauh di sisi keluarga
5. Keseorangan kerana difitnah.

Aku yang mendengar kisah itu terasa sebak sikit demi sikit. Akhirnya air mata menitis membasahi pipi lalu hati pun luruh sakit tak tertahan.

Aku tanya dia,
" apa yang buat kau kuat lalui semua ini ? "

Satu meniti di bibirnya,

" anakku. Aku sayang anakku "
Sambil membuka telefon bimbit dan memberi izin aku melihat bayinya yang selamat lahir sem lepas.

Sekali lagi air mata jatuh.
Ya Rabbi.

Aku tanya lagi,

" macam mana pregnant sambil belajar ? "

Dia senyum ke arahku. Dan kata,

" aku bahagia walau dalam kesakitan. Aku ke kelas ke kafe ke kolej ke klinik, ke buss stop, ke library, aku ke mana-mana bawa anakku. Sekurangnya Tuhan lihat aku. Tuhan nilai perjuangan dan kekuatan aku. Kekuatan aku sebagai seorang anak, seorang ibu dan seorang isteri walaupun tidak bersuami "

Ya Allah
Dadaku seolah ditikam-tikam pisau belati yang tajam.

Sakit.

Apa lagi saat dia ceritakan dia tiada siapa-siapa untuk menceritakan segala kesakitan sakit perutnya, belakangnya, kakinya yang seringkali masuk angin, muntah-muntah, kepala tiada siapa yang urutkan, makan minum urus sendiri even badan terlalu berat dan susah nak bangun. Uruskan assaigment bagai, jumpa pensyarah ini itu ke hulu ke hilir dengan perut yang memboyot Masya Allah.

Betapa sukar perjalanan kisah dia lalu 'di putar belit' pula cerita sebenar oleh manusia yang berhati busuk. Busuk dan busuk.

Setelah program 2 minggu banyak yang dia kongsikan yang buat aku tersenyum gelak dan kadang menangis even tiap kali dia membuka cerita sedih dia tak pernah titiskan sedikit pun air mata.

Ayat yang selalu dia kata menjadi pemujuk dirinya,

" mungkin ini cara Tuhan ampun dosa aku. "

Allahurabbi.
Betapa setiap bait bicara yang meniti di bibir asyik disebutnya nama Tuhan, Tuhan dan Tuhan. Walaupun dirinya bukan seorang ya.

🌼🌼🌼🌼🌼

Sedihkan guys?

Tabahnya kakak itu 💕
Semoga dia dan kita sentiasa mendapat rahmat Allah.

Amin♥

Random TarbiahWhere stories live. Discover now