Teringat pesanan seorang kakak suatu ketika dahulu. Hijrah adalah satu perkara dimana kita berubah daripada tidak baik menjadi baik, daripada negatif bertukar positif dan begitulah seangkatan dengannya. Dalam kata lain ialah satu kemajuan untuk diri kita yang lebih terdorong kepada perkara kebaikan dan sudah pasti ia juga berkaitan dengan akhlak. -- Antara tips yang boleh diamalkan untuk memulakan proses hijrah ialah;
1) Niat kerana Allah. Setiap perubahan dan usaha ke arah kebaikan perlulah niat kerana Allah semata-mata. Tiap-tiap hari perbaharui niat, biar selalu hati berbisik untuk menjadikan hari ini lebih baik dari hari semalam dan begitulah hari hari seterusnya. Tajdid niat sokmo sokmo.
2) Bergerak secara berjemaah. Maksud yang mudah ialah sahabat. Bergerak dalam berkumpulan yakni mencari sahabat sahabat yang soleh. Kawan memainkan peranan penting buat diri kita, krn ia mempunyai pengaruh yang besar. Oleh itu, berkawanlah dengan orang yang soleh (sahabat), dan bergerak dlm kelompok orang-orang yang baik. InshaAllah.
3) Menuntut ilmu. Nak berhijrah kena berusaha sungguh-sungguh nak cari ilmu. Biar ada keinginan, biar ada kesungguhan. Jangan malu untuk tanya apa yang kita tak tahu. Ilmu kena dicari, pergilah mencari makanan-makanan buat rohani kita. Contohnya, dengar ceramah, kuliah, baca Quran dll.
4) Mencari guru. Guru amat penting untuk kita rujuk perkara-perkara yang kita tidak tahu. Dan guru yang dicari perlulah berilmu dan arif dalam soal agama. Oleh itu, pentingnya ada guru bersama sama dengan kita. InshaAllah.
5) Akhir sekali ialah, jangan tangguh untuk berbuat kebaikan. Contohnya, hari ni kita tengok orang tutup aurat dan kita teringin nak jadi macam dia. Jadi, teruskan dgn keinginan tersebut dan jangan sesekali tangguh untuk keesokan harinya. Bersegera berbuat kebaikan, inshaAllah moga Allah redha atas segala usaha.
Sedikit contengan untuk teguran buat diri sendiri. InshaAllah. Moga Allah redha. Moga Allah kurnia Syurga. 💌
Wallahu'alam
✨
@sindiransigadis
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner