Crush

569 45 0
                                    

Guys, pls take note!

Btw,tgklah video tu
From The4aith- persahabatanku
(Locked away cover)


"Err. Dik kenapa pakai tudung atas dada? Sikit lagi nak nampak leher lohh."

"Sorrylah. Saya ini budak sekolah harian biasa jep. Bukan dari sekolah yang berstokkan 'inche serban dan che jilbab'. Jadi nak pakai tudung atas dada pun boleh meh."

Oo,macam itu. Mm ini hadiah dari crush adik. Buka lah neh. Hakak just sampaikan jep."

"Ahhh,kamsahamida Sayangggg hakak! Mm,siapa crush saya hakak?" *gaya badan seperti ular*

"Hahaha,entah. Akak pun tak tau. Tengok lah isi dia. Okeylah hakak kena caw dulu tau,akak ada kerja,assalammualaikum."

*Lambaian gedik menandakan perpisahan antara mereka berdua*

Dikeluarnya Iphone 6 Plus bercover Hello Kitty dan terus 'Kecakkkkk'

Diuploadnya di instagram dengan caption
'Wuuuu,dapat hadiah daripada kerakkk. Tak shabar nak buka. Huhu (emoji love)'

Dengan tahap kerangkusan mengalahkan dinosour,bungkusan hadiah sudah pun rabak dengan cakaran rimau.

"Ehh ini bukan......."

Angin sempoi sempoi menolak keluar sehelai kertas berwarna pink berlatar kan Hello Kitty. Tengku Elya terkial kial mengejar kertas yang terbang itu. Lagaknya seolah kertas itu daripada buah hatinya yang ingin melamarnya.

"Yahhh,dapat pun. Huh mujur tak terbang jauh."

Kakinya di rehatkan di atas kerusi bangku yang tua. Berbunyi ketuaannya apabila badan Tengku Elsa bergerak ke kiri ke kanan.

Matanya membulat membaca butir butir yang terdapat di dalam kertas itu.

'Wahai kesayangan,

Awak nampak cantik sangat hari ini. Iya lebih cantik daripada orang yang saya cintai dulu. Bagi saya awak adalah segala galanya. Saya cintakan awak....'

Pipi Tengku Elsa merah kemerahan apabila perkataan 'cinta' itu dapat dihadam oleh otaknya.

'Tapi awak tau tak satu perkara?'

Tengku Elsa menggeleng kepala seolah olah dia sedang berbicara dengan seseorang.

'Menutup aurat itu adalah salah satu lambang keangunan wanita.

Sebab apa lambang keangunan wanita?

Cuba awak pergi ke kedai emas,adakah awak nak cincin emas yang sudah ditest oleh orang ramai atau cincin emas yang dijaga rapi di dalam almari kaca? Ahhh mestinya cincin emas di dalam almari kaca yang awak nak.'

Terkedu sedikit di situ. Tengku Elsa membetulkan sedikit tudungnya yang terbang ke kiri. Tersentap juga dengan kata kata di dalam surat ini.

'Hurmm,tapi seriusly saya sayang awak. Sebab saya sayangkan awaklah saya berikan hadiah ini untuk awak.

Emm..

Awak...

Awak,buka lah muka surat 353.'

Tengku Elsa menarik nafas dalam dalam. Tangannya ligat mencari muka surat 353. Ada sedikit air panas mengalir. Entah,tersentuh sedikit hatinya hari ini.

"Dan katakanlah kepada perempuan yang BERIMAN,agar mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya dan janganlah menampakkan perhiasan (aurat) kecuali yang terlihat. Dan hendaklah mereka meLABUHKAN kain tudung hingga ke paras dada"
Surah An Nur ayat 31.

'Awak, bukan saya yang suruh awak bertudung hingga ke paras dada tapi Tuhan. Tuhan yang menciptakan,yang menghidupkan kamu. Takkan awak nak langgar perintah Dia.

Tak usah berbangga dengan
pemakaian kita yang ketat lagi pekat.
Sesungguhnya Nabi bersabda

Diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Nabi saw bersabda:"Ada dua golongan ahli neraka yang belumku lihat sekarang, iaitu kaum yang membawa cemeti seperti ekor sapi untuk memukul manusia dan wanita yang berpakaian tetapi telanjang yang berlenggang lenggok dan miring rambutnya seperti kelasa unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya padahalbau syurga itu dapat tercium dari perjalanan sejauh ini dan ini"( Sahih Muslim)

See,tak bau syurga awak. Takkan destinasi pengakhiran kamu ingin menikmati suasana neraka?"

Kertas berwarna pink itu dilipat erat lalu diselitnya di muka surat 353,sungguh dia tak dapat menahan untuk meneruskan bacaan pada kertas itu.

Tangannya beralih pula pada bungkusan yang kedua. Bungkusan berwarna turqoise berlatarkan smiley. Ahh nampak kecomelannya disitu.

'Ehh,ada stick note.'

"Awak..
Jangan habaq sapa sapa noh. Saya bagi hadiah ini untuk awak sore jo. Tiada duo mahupon tigo.

Bukak noh!

Daripada,
Hakak seniour
Nobody "

Tudung bawal berwarna pink berkontrakan turqoise berbidang 60 tergenggam erat di tangannya. Dan akhirnya dia menutup mukanya beralaskan tudung itu. Sungguh,dia tidak menyangka TuhanNya menghantarkan perantaraan manusia untuk menegur pemakaiannya yang huru hara. Alasan yang selalu diberikan
'Aku bukan budak agama'

Nota bertangan cap jari
Tak kira andai anda sekolah di mana mana,sekiranya di IC anda menulis agama anda adalah islam
Anda diwajibkan untuk mematuhi segala perintah dan laranganTuhan.

Semua itu terselitnya 1001 hikmah.
Lakukan segala perintah Tuhan moga Tuhan sayang.

Cr:Tulisan Dakwah

Random TarbiahWhere stories live. Discover now