"Arif. Kecewa betul aku tengok muslimah sekarang ni. Astaghfirullah, ""Asal? "
"Ada yang tutup aurat, tudung labuh bukan main. Haa, terutama yang pakai purdah, pakai niqab tu semua, "
"Apasal? Bagus la mereka tutup aurat?"
"Tapi mereka palsu, Rif. Zahirnya mereka tutup, batiniah mereka terbuka. Mereka tak jaga ikhtilat alam maya, mereka berbual rancak dengan lelaki. Astaghfirullah. Ada yang kononnya couple islamik.Mereka kata mereka tutup aurat,solat mereka takde. Mereka tak belajar ilmu akidah. Gunakan tudung labuh sebagai perisai supaya dikatakan sebagai penegak agama. Padahal mereka semakin mendekati dosa disebalik tudung labuh itu. Mereka guna agama untuk buat maksiat, Rif. Sedih aku, "
"Atiq, jangan nampak semua muslimah macam tu. Kemungkinan hanya seorang je yang kau nampak, tapi kau judge semua muslimah macam tu. Sangka baiklah, "
"Rif, aku tahu, dan aku bukan judge mereka. Sudah lebih apa yang aku nampak. Di fb, insta, semua tu. Ramainya mereka yang kononnya memelihara agama ,menayangkan mata dan wajah mereka untuk diratah lelaki lelaki macam kita ni. Apabila lelaki komen,
'Subhanallah cantiknya ciptaan Allah ini, ' 'sungguh beruntung bakal zauj enti, '
Mereka muslimah yang kononnya meletakkan agama di hati membalas,
'Hadza min fadhli Rabbi, '
'Semua ini adalah dariNya. Ana berterima kasih kerana komen mulia ente, 'Adakah mereka tidak tahu,tujuan mereka menutup aurat?
Mereka tak tahu ka mereka itu fitnah akhir zaman?
Allahurabbi... ""Ya Allah Atiq. Betullah apa yang kau cakap. Dah banyak mereka yang berpurdah, berniqab menjadi model,menjadi tayangan di luar sana padahal mereka tidak tahu, bahawa jika seorang lelaki mempunyai syahwat apabila melihat mata, tayangan wajah mereka, maka mereka berdosa?
Teringat aku akan wanita Tarim, di mana mereka amat menjaga kehormatan diri, aurat dan akhlak mereka. Kata-kata mereka hanya tentang Al-Quran, sunnah, hadis dan tentang akhirat. Mereka tidak kenal muzik. Maknanya, mereka tak pernah dengar muzik-muzik yang lagha yang sudah sebati di setiap jiwa di negara ini. Mereka juga tak pernah melihat lelaki selain kaum kerabat.
Subhanallah.
Apabila mereka berkahwin,apabila ditanya tentang perasaan mereka, mereka akan menjawab,
"Ianya sungguh pelik. Kerana aku tidak pernah bersama dengan lelaki selain kaum kerabat . Dan yang paling pelik, ada seorang lelaki di dalam bilik aku, "
Ya Allah, sungguh mereka menjaga diri diri mereka. Mereka tak menggatal mencari lelaki. Mereka tidak akan melalui jalan yang ada lelaki. Mereka tidak akan lalu jalan itu semata-mata tidak mahu bertembung dengan lelaki.
Sungguh ,amatlah bagai langit dan bumi jika nak dibandingkan dengan wanita di negara ini.
Tutur kata wanita Tarim,
"Aku tidak pernah mengenali mana-mana lelaki. Tidak pernah berkata-kata apatah lagi bersua muka dengannya. Oleh kerana ketaatan kepada ibu bapa. Aku redha dengan pilihan mereka. Tidak kira sehensem manakah si dia. Aku akan selalu bersangka baik padanya. Dan aku akan menerimanya seadanya "
Ya Allah, beruntunglah suami si wanita Tarim, "
"Arif.. Ada lagikah wanita seperti itu di negara ini? Yang menutup aurat seiring dengan menjaga kehormatan diri, dan akhlaknya?"
"Insya-Allah, ada. Kerana mereka tidak pernah menonjolkan diri, mungkin mereka tengah sembunyikan diri, dan menjadi sebaik-baik perhiasan di dunia ini, "
*'Dunia adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita solehah'*
*(HR Muslim)*
@NukilanHijrah
Sorry sbb lama tak update
My phone rosak so tak boleh nak on
Sekarang on guna phone mak je.If not to late
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR BATIN
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner