"Aurat tak wajib pun, yang penting solat!"
"Yang penting pakai tudung, singkat pun takpe."
"Jangan berlebihan dalam menutup aurat."Ye ke? Kena betulkan ni.
Jom buat kempen kesedaran aurat!
Tengok poster, dan baca semua ini.
1) Lengan wanita; tutuplah dan jagalah kerana ianya aurat. Nampak kecil, namun jangan pandang ringan ya!
2) Labuhkan tudung; kerana tudung yang labuh menutupi dada itu ialah syariat Allah. Tak perlu ditunjuk-tunjuk kepada para ajnabi luar sana. Biarlah untuk yang halal sahaja.
3) Ehem. Laki pun jangan lupa aurat kalian. Nak berfesyen atau nak bersukan, tak perlu lah tayang aurat-aurat kalian iaitu aurat lutut. Pusat pun sama; ianya aurat untuk kalian! Ingat, pusat hingga lutut.
4) Untuk lelaki dan perempuan, jangan lupa untuk longgar-longgarkan pakaian. Jangan terlalu ketat hingga nampak bentuk badan. Islam nak kita jaga aurat, bukan 'balut' aurat ketat-ketat. Longgarkan ya.
Isu aurat. Ramai yang pandang ringan, padahal ianya sebahagian daripada keindahan dan kesempurnaan Islam.
Iya, ianya keindahan islam.
Ketahuilah, segala apa yang Allah suruh itu semuanya ada cinta. Allah perintah kerana cinta.
Mungkin pada mulanya susah untuk menurut perintah, namun lama lama anda akan nampak betapa indahnya dan manisnya hikmah suruhan Tuhan Sang Pencipta Keindahan. Yakinlah, segala perintah ada hikmah, dan pada Allah kita sentiasa berbaik sangka.
Ayuh kita sedarkan keluarga dan sahabat kita tentang kesedaran aurat.
#Share jauh-jauh ya!
Moga bermanfaat kempen ini :)
Moga Allah cinta dan sayang kita
Syurga Allah; moga untuk kita semua!Seorang Hamba,
Aiman Banna.#AimanBanna
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner