Bahu

285 27 0
                                    


"Aku tak ada bahu untuk mengadu."

Lupa ke kita ada Allah yang sentiasa mendengar rintihan hamba-hambaNya? Dia bukan sekadar mendengar, tetapi Dia juga yang bakal mengubah hidup kita menjadi lebih baik. Yang penting, kita juga kena usaha. Bukan sekadar mengharap pertolongan. Setiap masa kita di dunia ini adalah jihad. Kalau tidak, apa guna Allah adakan syurga dan neraka, dosa dan pahala?

Percayalah.

Kalau mengadu pada manusia, yang kita akan dapat hanyalah 'sabar'. Mengadulah kepada sesiapa pun, yang kita akan dapat hanyalah sepatah perkataan iaitu sabar.

Nak mengadu, duduk atas sejadah dan menangislah sepuasnya, seikhlasnya.

Dengan izin-Nya, rintihan kita didengar dan dengan usaha kita serta pertolongan-Nya, perlahan-perlahan kekuatan itu akan menjelma.

#writtenbynblhn

Random TarbiahWhere stories live. Discover now