☘️ KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN ☘️
📚 Al-Quran sebagai syafaat di akhirat kelak.
Daripada Abu Umamah r.a melaporkan: "Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: Bacalah Al-Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafaat kepada pembacanya”.(Riwayat Muslim)📚 Allah SWT mengangkat martabat golongan pembaca Al-Quran.
Daripada Umar Bin Al-Khattab r.a. Bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah mengangkat martabat beberapa golongan dan merendahkan martabat yang lain dengan sebab Al-Quran”.
(Riwayat Muslim)📚 Orang yang belajar dan mengajar Al-Quran adalah sebaik-baik amalan.
Daripada Uthman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain”
(Riwayat Imam Bukhari)-IMADTapah
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Rastgeleاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner