kisah ni mmg mnarik perhatian;
-----------------"Akhi, kenapa masih nak jumpa ana?"
Aku tanya soalan itu dalam keadaan kebingungan, "Kenapa masih nak bersua muka dengan ana yang banyak dosa ni?"
Air mata aku mula mengalir. Aku pelik dan rasa hina depan dia. Dia lah satu-satunya manusia yang bermati-matian nak jumpa aku di saat aku dipulau oleh ramai orang lain.
"Ana nak enta berubah je. Ikut tarbiah sungguh-sungguh, buat dakwah sungguh-sungguh. Berubah jadi lebih baik, berhijrah. Itu je."
Nak aku berubah? Itu je?
Are you serious?Aku angkat muka aku, aku pandang muka dia dan aku ulang-ulang tanya soalan sama, aku hiraukan air mata aku yang sedang mengalir. Aku sudah tidak kisah kelakian aku yang tercabar dek kerana air mata aku yang mengalir deras ketika itu.
Yang aku mahu, dia jawab soalan aku!
Ada apa pada diri aku yang sekarang ini sehinggakan dia tidak putus asa kepada diri aku? Ada apa pada diri aku sehinggakan dia masih nak aku berubah dan berhijrah tinggalkan jahiliah?
Ada apa!?
Waktu itu, semua orang tinggalkan aku...
Aku lari dari rumah berbulan-bulan,
Aku ponteng dan dropout sekolah,
Aku ada masalah couple & ikhtilat,
Aku dipulau kawan-kawan,
Aku dibelasah oleh kawan se-batch,
Aku tinggalkan tarbiah, aku abai dakwah,Bahkan aku pernah hilangkan camera DSLR yang bernilai ribuan ringgit, kepunyaan dirinya. Aku hilangkan dan larikan diri dari dia, aku senyapkan diri aku dan elakkan diri dari jumpa dia. Sudahlah dia kena buang kerja dek kerana kehilangan DSLR itu, kerana kamera itu diperlukan untuk kerjanya ketika itu.
Tetapi hari ini, dia berada di depan aku, dan sungguh-sungguh ajak aku berubah dan kembali ke jalan yang benar.
KENAPA?
Ada apa pada diri aku?
Apa keistimewaan dalam aku?Aku tidak pernah bagi dia duit, bahkan aku hilangkan duit dia. Aku hilangkan benda kecintaannya yakni kameranya. Lagi menambah teruk, aku pernah menyebabkan dia kehilangan kerja.
Aku parasit dalam hidupnya.
Aku perosak hidupnya.Kenapa dia masih di depan aku lagi?
Dia tidak ungkit kehilangan kameranya.
Dia tidak ungkit kehilangan kerjanya.
Dia tidak marah aku walaupun sedikit.Tetapi dia datang dengan harapan iaitu ingin aku berubah. Ingin aku berubah; itu sahaja. Nak aku berubah sahaja...
Mana tidak runtun hati keras aku ini?
Saat ketika aku putus asa dengan diri aku sendiri. Aku benci semua orang, aku benci semua benda yang berlaku, bahkan aku benci diri aku sendiri.
Tetapi datang seorang pemuda yang masih ada harapan untuk aku, walaupun aku sendiripun dah putus harapan dengan diri sendiri...
Iya, aku hina.
Aku layak dihina.
Aku banyak dosa.
Melangit tinggi dosa!Setelah lama dia berdiam diri, dia hanya jawab satu jawapan. Satu jawapan sahaja;
"Sebab ana cintakan enta kerana Allah.."
...
Itu je sebab kau?
Aku terdiam,
Aku hentikan soalan aku.Kau buat semua ni sebab kau cintakan aku kerana Allah?
Setelah jutaan pengkhiatan aku beri?
Setelah segala kesombongan egoku?
Setelah bermacam kekecewaan yang kau alami?Aku lihat muka dia, jelas wajahnya ikhlas menuturkan kata-kata cinta itu. Aku sebak atas kesebakan, terharu atas terharu. Tangisan aku mula deras dan badan aku yang sedari tadi keras terus lembut untuk peluk dia seerat-eratnya.
Aku peluk dia,
Aku peluk erat-erat.Seakan-akan itu kali terakhir aku berjumpa dia. Seakan-akan sebentar lagi pertemuanku dengan ajal dan kematian yang akan memisahkan aku dan dia di dunia.
Aku cuba, walaupun mulut aku terketar-ketar ingin menutur kata-kata ini. Aku cuba, aku usaha lalu terbitlah kata-kata ini yang ikhlas lahir dari lubuk hatiku,
"Ana..."
"Ana pun..."Aku telan air liur, aku cuba luahkan segala yang terpendam dalam jiwa, aku tidak sanggup untuk tatap wajah dia lagi, aku terus erat memeluk dia dan habiskan segala yang terpendam selama ini.
"Ana pun cintakan enta... Kerana Allah. Wallahi, ana sayang enta."
Dan malam itu, bintang dan bulan menjadi saksi akan betapa indahnya ukhuwah kami. Malaikat kiri dan kanan menjadi saksi kepada Tuhan akan keagungan ukhuwah yang kami tautkan pada hari itu.
Ini kisah benar, antara aku dan seorang lelaki yang mencintai aku kerana Ilahi, dan demi Allah......
Tbc
;)
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner