Aku tanya pada pada gadis bertudung merah, labuhnya cukup-cukup menutupi dada, seluarnya mengikut bentuk batang kaki, bajunya pula cukup-cukup berada di atas punggung. 'Kau tahu couple itu apa?' Jawabnya, 'aku tahu. Dua orang yang memberikan kasih sayang kepada pasangan masing-masing, selalu luangkan masa bersama sebagai syarat melepaskan rindu.' Aku senyap.
.
Aku tanya pada gadis bertudung hitam, labuhnya melepasi dada sehingga ke bawah dada, jubah berwarna gelap menghiasi tubuhnya, segalanya tertutup indah, wajahnya juga dilitupi sehelai kain hitam, sejuk mata memandang. 'Kau tahu couple itu apa?' Jawabnya, 'aku tahu. Lelaki dan wanita yang berkasih untuk menghalalkan hubungan kerana Allah.' Aku tanya lagi. 'Kau couple?' Dia senyap. 'Kami tak berpegangan tangan, kami tak bersentuhan. Cuma bertanya khabar setiap hari melalui perantara telefon. Gambar yang kami ambil bersama pun sopan, ada jarak. Kami tahu batasan.' Aku senyap.
.
Aku tahu, jawapan daripada gadis serba hitam tadi hanyalah untuk membuat telingaku tidak berasap dan hatiku tidak mula berapi. Aku dah muak dengan alasan para islamik. Kalau kau tahu batasan, kau tak akan 'rajin' setiap hari bertanya khabar 'tulang rusuk' kau di telefon, kau tak akan setuju untuk ambil gambar bersama dengan alasan 'ada jarak'.
.
Sejujurnya, aku dah muak nak cerita soal couple, ikhtilat, zina atau sewaktu dengannya. Aku tahu kau yang membaca ini pun dah muak. Kau mahukan topik keislaman yang lebih ekstrem, yang lebih rancak. Kau jangan berangan. Masalah couple ni pun masih kau nak ego pertahankan diri sendiri, kau jangan berangan nak bincang masalah ummah yang lain. Aku serius. Masalah dalam diri kau, perbaiki dulu baru nak baiki masalah lain.
.
Maaf andai aku kasar. Sebab kau tak lut dengan kelembutan. Kalau aku kata, 'jumpa dah selalu, gambar dah beribu keping, surprise dah bermacam, tapi kahwinnya tak juga. Entah-entah kau jaga jodoh orang je haha.' Kau marah tak kalau aku cakap macam tu?
.
Kau sakit hati dengan apa yang kau baca sekarang? DM aku sentiasa terbuka untuk kau marah aku habis-habisan. Atau kau boleh muhasabah sendiri diri kau.#writtenbynblhn
.
YOU ARE READING
Random Tarbiah
Randomاَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّد "Bukan untuk menyentapkan orang lain tetapi untuk memperbaiki diri sendiri" ©owner