IMBAS SEMULA
25 TAHUN SILAMWajah Permaisuri Adhreya pias.Kosong tanpa sebarang riak emosi yang terpapar pada romannya.Dia tegak sahaja tatkala satu persatu pakaian yang membawa gelar permaisuri itu ditanggalkan perlahan-lahan oleh para dayang pembantu.
Para dayang yang berkhidmat terus kepadanya itu tidak dapat menyembunyikan perasaan masing-masing.Antara percaya dengan tidak tetapi itulah ap yang dihadapi oleh mereka kini.Permaisuri Adhreya yang terbilang baik budi dan menjadi tonggak utama Istana Putih itu-hari ini-dimakzulkan atas sebab yang sangat sukar dipercayai.
Dia dituduh cuba meracuni calon Rane dan lebih malang calon Rane itu merupakan anak gadis kepada Tuan Ares!
Mereka yang berkhidmat terus kepadanya mengenali susuk permaisuri tersebut secara peribadi.Selama ini dia berjaya menguruskan Istana Putih dan hal-ehwal dalaman istana dengan baik.Sebelum memasuki istana sebagai permaisuri kerajaan,dia merupakan anak gadis biasa yang membesar dalam lingkungan sebuah keluarga baik-baik.
Lahir sebagai anak tunggal kepada seorang peniaga barangan perak.Prihatin dan terdidik dengan kesopanan.Walau pun terpilih sebagai permaisuri kerajaan,hal tersebut tidak berubah sedikitpun maka tidak hairan mengapa dia disenangi oleh para dayang dan pembantu istana.
Permaisuri Adhreya seperti para permaisuri kerajaan sebelum ini akan terlibat secara langsung dengan pemilihan gundik diraja yang memegang gelaran Rane. Segala-galanya seakan-akan tidak memihak kepadanya apabila ketua tabib istana mengesahkan di hadapan baginda raja bahawa permaisuri kerajaan menghadapi masalah kesihatan membuatkannya sukar untuk melahirkan zuriat penerus kepada Kerajaan Darmenta.
Walaupun tidak ada sesiapa dapat menafikan luka emosi yang ditanggung oleh Permaisuri Adhreya,tetapi dia tahu itu merupakan tanggunggjawabnya sebagai antara tonggak Kerajaan Darmenta.Antaranya ialah melahirkan pewaris kepada Raja Metheus dan kerana dia tidak mampu untuk menunaikan tanggungjawab tersebut,dia tidak mempunyai pilihan lain selain daripada memenuhi tuntutan para bangsawan dan menteri agar mencari seorang gundik diraja.
Permaisuri Adhreya tahu ia merupakan salah satu daripada percaturan licik Keluarga Ares untuk menguasai tampuk pemerintahan kerajaan.Tambahan pula,tidak ada apa yang boleh dilakukannya ketika itu kerana dia sedar di belakang gadis tersebut,ada para bangsawan dan para menteri yang menyokongnya.
Manakan tidak.Daripada enam calon yang terpilih dan merupakan anak kepada para bangsawan kerajaan, seorang demi seorang menarik diri atas alasan tidak jelas menyisakan empat calon Rane dan salah seorang daripadanya merupakan anak gadis Tuan Ares.
Ibarat bersuluh di bawah terik matahari,anak gadis Tuan Ares terpilih sebagai Rane kerajaan Darmenta dan majlis perkahwinan tersebut dirayakan dengan penuh kemegahan namun ketika itu jugalah Permaisuri Adhreya disahkan hamil.Buat seketika seluruh istana merayakan berita baik tersebut tetapi seiring dengan berlalunya masa,kegembiraan tersebut mulai bertukar kepada ketakutan.
Ancaman-ancaman halus,perancangan licik mahupun senyuman Rane Diraja membuatkan Permaisuri Adhreya sedar ada sesuatu yang sedang dirancangkan oleh Keluarga Ares.Permaisuri Adhreya terselamat daripada insiden-insiden kecil yang boleh membuatkan kandungannya terancam selama ini semuanya disebabkan oleh Panglima Argeia yang merupakan sepupu dan juga sahabat baiknya sejak dari kecil itu.
Ketika pemuda itu dilantik sebagai panglima,sudah beredar rumor tidak baik tentang hubungan mereka yang dikatakan membawa kepada perlantikan tersebut walaupun Permaisuri Adhreya tahu sepupunya itu memiliki kemampuan untuk melayakkan dia menyandang gelaran itu.
Malahan apa yang lebih teruk,hubungan mereka dikatakan bukan sekadar hubungan saudara tetapi lebih jauh daripada itu.Rumor demi rumor,bisik demi bisik dan sampai juga ke pengetahuan Permaisuri Adhreya tentang sangkaan bahawa bayi yang dikandungnya merupakan bukan zuriat kepada Raja Metheus melainkan......
YOU ARE READING
Babad Saribu Bhyangkara
ПриключенияKaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan seluruh ahli keluarganya.Dalam keadaan demikian, dia mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya sendiri dengan terjun ke dal...