Athreyu sehingga tergamam dan tanpa sedar meluru ke hadapan lalu menekup mulut Kaii membuatkan Kaii terjajar ke belakang.Menepis telapak tangan pemuda itu yang melekap kejap pada mulutnya dengan mata membola.
Jeda beberapa saat,Athreyu yang bagaikan baru tersedar apa yang dilakukannya sepantas kilat pula berundur ke belakang lalu melutut seraya meletakkan dahinya ke permukaan lantai.
" Maaafkkkann pattikkkk ttuannkuu.."
Kaii menatap susuk pemuda itu dengan pandangan masih kebingungan kerana tiba-tiba sahaja Athreyu tunduk sebegitu rendah di hadapannya.
"Athreyu..kenapa....?"
" Patik mohon sungguh-sungguh,tuanku.Jangan sesekali membangkitkan hal ini di hadapan sesiapa pun."
"Saya tak berbohong.Itulah yang saya rasakan sekarang.Dan..sememangnya....."
"Tuanku!!"
Athreyu mengeraskan suara dan ia mengakibatkan suara Kaii termengkelan begitu sahaja.Melihat pias sekali wajah gadis itu,Athreyu menghela nafasnya panjang-panjang sebelum menokok.
" Apakah tuanku pasti akan dapat bertanggungjawab terhadap setiap perkataan tuanku kali ini? Bagaimana jika ada orang lain yang mendengarnya? Di istana,khabar angin sekalipun akan menjadi kebenaran dan berhujung kepada akibat yang tidak terbayangkan.Patik tahu tuanku rimas dengan perubahan tiba-tiba begini tetapi tuanku perlu tahu bahawa hidup tuanku tidak akan sama lagi seperti dulu.Perlukah patik sebutkan satu persatu?"
Mungkin itu adalah kemuncak kepada tahap kesabaran Athreyu sehingga dia boleh mengatakan hal tersebut sekaligus di hadapan Kaii yang masih tergamam.
Kaii tahu ke mana arah percakapan Athreyu tetapi berada dalam istana dikelilingi oleh para dayang dan pembantu membuatkannya hilang akal kerana dia tahu itu bukan tempatnya.
"Maaf.Saya cuma rasa saya tak layak berada di istana."
" Istana memang tempat tuanku sejak dari mula lagi."
Gadis itu menghela nafasnya kasar-kasar seraya menarik muka masam.Athreyu menukar duduknya menjadi sila yang kemas lalu meraih tangkai teko dan menuangkan isinya ke dalam cawan di hadapan Kaii.Jeda beberapa detik,ketika pintu gelongsor ditolak ke samping,Athreyu cepat mencapai hulu pedangnya dan berdiri sepantas kilat.
Wajah Ren muncul dahulu dan diikuti oleh Hatra lalu lelaki tua beruban putih itu dan akhir sekali Enuma.Tiga orang lelaki bertubuh lampai dan tegap yang memang sedia dikenali Athreyu sebagai sahabat kepada Kaii entah sejak bila.
" Nineveh." Serentak tiga pemuda itu meletakkan tangan kanan melintangi dada kiri lalu menundukkan kepala. " Maaf jika kami membuatkan Nineveh tertunggu-tunggu."
"Tidak mengapalah.Silakan duduk semua.."
"Kami membawakan lelaki ini seperti yang Nineveh kehendaki."
Kaii menganggukkan kepala dan menatap sekilas wajah lelaki tersebut yang hanya senyap namun mencerunkan pandangan ke arahnya.Jelas menanyakan mengapa dia dibawa ke tempat tersebut dalam keadaan sedikit terpaksa.
" Boleh tinggalkan kami sebentar? Ada hal penting yang ingin saya bicarakan dengannya."
Baik Athreyu ataupun tiga pemuda suku Marais itu semuanya memandang Kaii dengan ragu namun katanya adalah perintah dan mengingkari perintah golongan bangsawan lebih-lebih lagi seorang dengan gelar puteri mahkota itu adalah suatu bentuk penderhakaan,maka diikuti sahaja dengan hati yang berat.Seorang demi seorang keluar dari ruangan tersebut dan Athreyu seperti biasa berkawal siaga di tengah laluan ke bilik tersebut.
Setelah memastikan perbualan mereka tidak akan sampai ke dalam jangkauan pendengaran Ren,Enuma,Hatra dan lebih-lebih lagi Athreyu-Kaii mendekati lelaki tua tersebut dengan pantas.
YOU ARE READING
Babad Saribu Bhyangkara
AdventureKaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan seluruh ahli keluarganya.Dalam keadaan demikian, dia mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya sendiri dengan terjun ke dal...