BABAD 49

60 13 3
                                    

Gila apa lagi yang Kaii buat ni???

Mungkin itu adalah makna kepada pandangan Athreyu yang jelas tergamam dan tampang ngeri jelas terpampang pada riak wajahnya ketika menyaksikan Kaii diheret kasar menuju ke lokap Balai Temenggung semula.Putera Amadeus usah dikata lagi.Dia mengap-mengap seperti akan kehabisan nafas.Terlalu banyak yang ingin diperkatakannya tetapi dia tidak tahu dari mana hendak memulakannya.

Ren,Hatra dan Enuma yang sudah berlumuran darah itu terpaksa dipapah oleh anggota Balai Temenggung hanya mampu memandangi susuk tubuh Kaii sehingga hilang di sebalik selekoh sementara lelaki tua beruban putih itu dibawa masuk semula ke dalam lokap dengan menggunakan pengusung kerana ketika lelaki sangar itu menghayun cambuk buat kali ketiga,dia sudah terperosok pengsan.Sekuat apa sangatlah tubuh rentannya menahan siksaan begitu?

Selain daripada anggota penyiasat khas yang tidak tahu apa-apa dan wakil Dewan Cendekiawan juga beberapa orang petinggi kerajaan yang tiba-tiba sangat berminat mengikuti perkembangan kes tersebut dengan lebih dekat,mereka yang lain tahu mengapa Kaii mengambil tindakan yang sangat tidak boleh diterima akal begitu.Hatta setelah gadis tersebut digiring ke lokap,Putera Amadeus masih kaku.Tidak berganjak dari tempat duduknya walaupun seorang demi seorang daripada para petinggi kerajaan meninggalkan tempat tersebut bersama cemuhan yang tidak habis-habis.

Putera Amadeus tahu.Kaii mengakui segala kesalahan tersebut demi melindungi mereka!

Laporan siasatan suruhanjaya khas itu akan dikemukakan kepada baginda raja pada keesokan harinya dan ketika itulah hukuman akan diputuskan.Jelas sekali pengakuan Kaii sangat tidak memihak kepadanya dan bagaikan gadis tersebut menyerahkan lehernya ke tali jerut.Putera Amadeus tahu hukuman untuk kesalahan mengamalkan ilmu salah sangat tidak main-main.Suku Marais ialah bukti hidup yang mereka ada. Dan Kaii yang menyerah kepada komplot kejam itu pasti tidak akan terlepas  daripadanya.

Kaii yang ditolak kasar ke dalam kurungan itu hanya mengetap gigi melihat bagaimana para pengawal yang membawanya memandanginya dengan jijik.Kembali menegakkan silanya ,dia hanya menutup matanya kejap ketika kedengaran bunyi tapak kaki tergesa-gesa menghampirinya.

" Apa yang tuanku cuba lakukan?"

Athreyu.Seperti biasa.

" Kaiiara!!"

Perlahan-lahan Kaii membuka matanya dan wajah Athreyu yang pucat lesi memenuhi pandangannya.

" Saya melakukan apa yang sepatutnya " Kaii tidak mengendahkan tatapan Athreyu yang ketakutan itu " Salah saya kerana menyebabkan kejadian ini berlaku.."

" Tapi bukan dengan memikul semuanya sendiri!"

" Abang tahukan sasaran sebenar mereka ialah takhta Darmenta??"

Athreyu menghela nafasnya kasar di pangkal leher.Dia tidak tahu hendak mengatakan apa lagi kepada Kaii.Rasa marah,sedih dan sakit hati bercampur sekaligus membuatkan dia semakin tidak keruan.

Abang mana yang sanggup melihat adik sendiri dijatuhkan hukuman atas kesalahan yang direka-reka? Tidak ada gunanya dia sebagai seorang abang jika dia hanya mendiamkan diri dan tidak melakukan apa-apa dalam keadaan begitu tetapi tindakan Kaii sangat jelas kepadanya.

" Kaii fikir mereka akan berhenti setakat ini?"

" Kerana saya tahu mereka tidak akan berhenti setakat ini sahajalah saya mengambil keputusan begini.Mereka akan terus-terusan mencari alasan untuk menjayakan rancangan mereka .Baginda raja,baginda permaisuri,putera mahkota,suku Marais dan jua emak serta ayah.Abang mahukah mereka ini terpalit oleh kesilapan yang saya lakukan?"

" Kaiiara!! " Athreyu membentak dengan air mata yang bergenang " Apa Kaii fikir kami semua terlalu lemah sehingga perlu seseorang untuk melindungi kami??"

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now