Pengawal Balai Temenggung yang bertanggungjawa mengagihkan makanan kepada para pesalah awal pagi itu tergamam dan tanpa sedar dulang yang menadah makanan terakhir kepada pesalah di kurungan tersebut terhempas ke lantai.
Kaiiara.Pesalah yang akan dijatuhkan hukuman pancung menjelang tengah hari nanti dilihatnya terbaring kaku.Darah pekat yang mulai mengering mengalir dari bibir,mata,hidung dan juga telinganya.Ada mangkuk tergeletak kosong di sebelahnya.
Ren,Enuma dan Hatra yang dikurung bersama hanya saling berpandangan ketika melihat beberapa orang anggota Balai Temenggung berlari tergesa-gesa menuju ke salah satu kurungan yang terletak paling hujung.Mereka segera tahu ada yang tidak beres sedang berlaku di lokap tersebut.
Hendak bertanya,bukan taraf mereka untuk dilayani oleh anggota Balai Temenggung yang mendadak sibuk dari biasa.Ada suara mencak-mencak yang tidak jelas dan ketika Panglima Madeia datang dalam keadaan berlari,mereka tahu.
Nineveh.
Pengusung diangkat oleh dua orang anggota Balai Temenggung dan sekujur tubuh ditutupi jalinan jerami melintasi lokap di mana Ren,Hatra dan Enuma ditempatkan.
"Appaaaa....yyyanggggg bbbbberllaakuu?"
Gagap Enuma bertanyakan kepada pengawal yang melintasi kurungan mereka.Dia kenal ruas jari yang terjulur antara timbunan tikar jerami itu.Dengan dada yang berdebar-debar,Enuma berharap agar pengawal tersebut menafikan sangkaannya.Namun pertanyaannya hanyut dibawa angin.Tidak berjawab malahan dia ditatap tajam.
"Panglima Madeia.." Hatra pula menyambar pergelangan tangan panglima tersebut dengan jari jemari yang menggeletar."Apa yang berlaku kepada tuanku?"
"Ada orang meracuninya."
Hanya tiga patah perkataan namun ia sudah cukup membuatkan tiga orang lelaki dari Suku Marais itu terjelepok ngeri.
"Izinkan kami melihatnya,panglima.."
Bagaikan tebasan pedang tajam,Panglima Madeia melayangkan tatapan mengancam ke arah Ren.
"Jangan sia-siakan pengorbanan tuanku dengan bertindak bodoh,Ren!!"
"Ttappiii.."
" Pengawal!!!"
Tempikan keras Panglima Madeia menyebabkan seorang pengawal Balai Temenggung pantas mendatanginya lalu tunduk hormat di hadapan sang ketua.
"Saya panglima."
"Lepaskan banduan-banduan ini melalui Gerbang Barat." Selajur dengan itu Panglima Madeia mengeluarkan sehelai kertas papirus yang tertera arahan untuk melepaskan ketiga-tiga pemuda Suku Marais itu berserta cop mohor rasmi kerajaan Darmenta.
"Gerbang Barat??"
"Taraf kitakah hendak mempersoalkan titah baginda raja? Apa lehermu sudah cukup kuat untuk menahan libasan pedang baginda yang sangat murka dengan semua kejadian ini??"
Tidak mampu membidas amarah menakutkan begitu,pengawal tersebut hanya tunduk mengiyakan kata-kata sang ketua.
Dia tahu.Istana dan seluruh keluarga diraja sedang berada dalam satu fasa yang sangat rentan.Betapakan tidak.Susuk gadis yang diterima sebagai puteri mahkota tersebut rupa-rupanya seorang ahli sihir yang berjaya memperdayakan seluruh keluarga diraja.Mujur sahaja penipuan tersebut berjaya dibongkarkan.Jika tidak,dia tidak tahu apa lagi musibah yang akan berlaku di istana kelak.
* * *
Usungan bertutup tikar jerami tersebut diletakkan di hadapan balairong seri yang telah dipenuhi oleh para menteri dan petinggi kerajaan Darmenta.Hukuman yang bakal dijatuhkan kepada ahli sihir itu membuatkan mereka berkumpul awal pagi tetapi khabar yang dibawa dari Balai Temenggung benar-benar menggemparkan.
YOU ARE READING
Babad Saribu Bhyangkara
AdventureKaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan seluruh ahli keluarganya.Dalam keadaan demikian, dia mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya sendiri dengan terjun ke dal...