BABAD 7

190 19 7
                                    

Hari masih belum terlalu cerah tatkala satu susuk tubuh berjalan perlahan-lahan menapak di atas jalan berbatu yang sedikit curam itu.Suasana pagi terasa sedikit sejuk dan matahari sepertinya belum lagi menyinari bumi .

Selain daripada bunyi desiran air yang menuruni jeram berbatu di sebelah kirinya,hutan dengan pohon-pohon yang tinggi tegak hijau dalam rengkuhan pagi yang masih dingin sementara ada kedengaran kicau burung-burung yang seperti baru terjaga daripada tidur mereka sepanjang malam.

Dengan tangan kanannya menjinjit sebuah bungkusan yang berbalut kain sutera biru langit,dia melangkah satu demi satu bagaikan menikmati sajian panorama pagi yang masih muda.

Cuaca nyaman pada penghujung musim panas itu seharusnya membuatkan suasana hatinya riang tetapi ternyata ada sesuatu yang mengganjal di dalam sana setiap kali dia menyusuri jalan setapak itu dan tidak ada apa yang boleh dilakukannya untuk mencegah daripada rasa itu datang sendiri.

Bawaannya berupa kuih pulut berinti kacang merah yang disaluti dengan serbuk kacang dan madu itu ringan tetapi dia merasakan langkah kakinya semakin memberat lebih-lebih lagi apabila matanya menangkap imej atap jerami sebuah rumah nun di hujung jalan sana.

Di hujung jalan yang sedikit curam dengan jalan berbatu-batu serta daun-daun kering dan juga ranting mati begitu membuatkan hatinya semakin renyuk.Semakin lama,sebuah pondok beratap jerami jelas dalam penglihatannya dan dari jauh dia dapat melihat kepulan asap melenggang-lenggok dari celah bukaan tingkap yang terbuka dan menebarkan bau kayu dibakar.

Pondok beratap jerami dan berdinding tanah liat itu terletak benar-benar di hujung tebing curam yang tinggi dan berbatu di sisi kanannya manakala di sisi kiri sebatang anak sungai mengalir perlahan menuruni lurah berbatu sehingga ke bawah sana.Selain daripada rumah tersebut,tidak ada kelihatan rumah yang lain terdapat di tempat tersebut.

Halaman yang tidak terlalu luas itu bersih terjaga walaupun ada juga kelihatan daun kering yang bertaburan di sana-sini.Sebatang pohon yang tinggi dan kelihatan sudah tua berdiri tegak di samping pondok tersebut.Mengemaskan pakaian yang membalut tubuhnya, dia menolak perlahan-lahan pagar senget yang dibuat separuh hati itu bersama helaan nafas.

Sejujurnya,pondok tersebut lebih mirip bangsal lama yang dibaiki ala kadar.Pada bahagian bawah beranda yang tidak berdinding,kayu-kayu bakar tersusun saling berdesakan antara satu sama lain.Tidak ada tanam-tanaman yang subur merimbun . Hanya ada dua batas sayur yang kecil dan pohon tua di sebelah kanan.

Sepertinya tempat tersebut sememangnya dibina khusus untuk mereka yang terbuang dan diasingkan daripada kemeriahan peradaban manusia.Sedang sebuah tebing berbatu yang cerun hampir menegak ke atas di sebelah kiri,pemandangan di sebelah kanan tidak kurang tidak lebih.

Hanya dibatasi oleh tembok berupa susunan batu yang ditimbun semberono,sebuah gaung dalam menganga di situ.Lalu,hamparan hijau hutan memenuhi pandangan dan sayup-sayup kelihatan puncak menara utama Istana Darmenta yang berbumbung kelabu itu.

Tidak ada cara lain untuk mendatangi tempat tersebut ataupun melarikan diri melainkan terpaksa melalui jalan curam di tengah hutan yang dilaluinya sebentar tadi kerana pondok tersebut dibina betul-betul di hujung sebuah cenuram yang kasar dan berceranggah.

Memasuki ruangan halaman tersebut,tanpa bertangguh dia meletakkan bungkusan yang dibawanya ke atas beranda.Menanggalkan baju luarnya dan pantas meraih penyapu yang tersandar di hujung beranda.

Setiap helaian daun yang berguguran di halaman pondok tersebut disapunya dengan mengetap bibir dan menahan air mata daripada merembes turun.Tidak.Dia tidak boleh memperlihatkan wajah seperti itu di hadapan ibunya.

Tanpa memperdulikan pakaiannya kotor ataupun tidak,segenap sudut halaman tersebut disapunya dengan pantas.Malahan rumput-rumput yang menyelit cuba untuk menumpang tanah pada batas-batas sayuran itu dicabut dengan jari-jari yang menggeletar.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now