BABAD 42

67 13 1
                                    

Marius,lelaki dari suku penerawang bintang tersebut meromok di tepi dinding dengan berlumuran darah.Dengan mata yang membengkak dan pandangan yang kabur, jelas ada sepasang kaki mundar-mandir di hadapannya sementara dua pasang kaki lain berdiri tidak jauh dari situ.

Walaupun lelaki berwajah tegang dan tidak pernah sekalipun dilihat Marais tersenyum menghabisi nyawanya di situ,dia pasrah kerana sememangnya dia tidak mempunyai pilihan lain.Bagaimana mungkin hendak menyelamatkan diri dariada ancaman Tuan Ares sedangkan dia sendiri sudah nyawa-nyawa ikan akibat menjadi tempat melepaskan kemarahan.

Sememangnya dia tidak mengharapkan untuk diberikan layanan lebih baik kerana dia sudah terbiasa dengan cacian dan sepak terajang semenjak dia ditangkap dan dikurung di dalam gua tersebut namun kali itu kemarahan Tuan Ares bukan alang kepalang.

Seperti orang dirasuk,lelaki itu melepaskan penumbuk dan penendang kepadanya dan menghamburkan sumpah seranah bahkan melibas pedang yang jika tidak ditahan oleh pengawal rapat Tuan Ares,kepalanya pasti sudah bercerai dari badan ketika itu.

" Bagaimana mungkin??" Tuan Ares bertempik " Bagaiman mungkin mereka dapat tahu tentang rancangan kita??"

Dua pengawal peribadinya yang sempat melepaskan diri dari dalam keriuhan tersebut hanya diam tidak berani menanggapi apa-apa.Masa dan keadaan sangat tidak sesuai untuk mereka meladeni kemarahan sang majikan yang mundar-mandir bagaikan lipas kehilangan kepala itu.

Dan mereka tahu sebabnya.Apa yang telah dirancangkan dengan rapi selama ini tiba-tiba sahaja gagal dalam cara yang paling mengejutkan. Jatuh tidak ubahnya langit menimpa kepala sekaligus.Rancangan untuk mengugut Putera Amadeus agar menyerahkan takhta dan cop mohor kerajaan dengan menggunakan ibunya luluh berantakan ketika lelaki itu muncul di gerbang barat bersama gerombolan tentera.

Bukan itu sahaja,para tentera yang bergerak di bawah arahan para panglima kerajaan muncul secara serentak melalui tiga lagi pintu gerbang yang lain dan keadaan tersebut jelas mengatakan bahawa mereka telah dikepung !

Bahkan lebih mengejutkan entah bagaimana Raja Metheus yang telah dicanangkan ke segenap pelosok permukiman kerajaan Darmenta muncul di tengah kacau-bilau begitu bersama segeombolan lelaki yang tidak pernah dilihat mereka sebelum ini.

Lalu ada pula kelihatan Eleius ,mantan jeneral perang kerajaan Darmenta yang dilucutkan jawatan dan dihukum buang negeri itu lengkap berpakaian perang tegak di atas pelana kudanya.

Jika segalanya telah terbongkar,bahkan Permaisuri Aerya dan Putera Ardius pun tidak dapat menjamin keselamatannya apatah lagi para menteri dan golongan bangsawan di istana.Pasti mereka akan mencari jalan untuk meletakkan segala kesalahan tersebut di bahunya dan menyelamatkan diri masing-masing kerana hukuman bagi pemberontak tidak lain adalah hukuman mati!

Tidak.Sama sekali dia tidak akan membiarkan apa yang telah diusahakannya selama puluhan tahun hancur berantakan begitu sahaja.Puas dia memikirkan sehingga kepalanya pusing namun tetap juga dia tidak dapat mencari apa kelemahan yang menyebabkan rancangan rapi itu gagal dengan begitu teruk sekali.

Menyingkirkan Permaisuri Adhreya dan menjadikan anaknya sebagai permaisuri kerajaan Darmenta.Memasukkan para petinggi dan menteri kerajaan yang memihak kepada blok Keluarga Ares bagi memudahkan dia mengawal segalanya.

Lalu,meracuni Raja Metheus dalam cara yang paling halus bagi memastika tidak ada sesiapa yang dapat menghalangi cita-citanya untuk menaiki takhta kerajaan Darmenta melalui perlantikan Putera Ardius sebagai putera mahkota.

Halus,rapi,sangat terancang dan tepat!

Apa sebenarnya yang menggagalkan rancangannya itu? Atau siapa?

Pandangan matanya mendadak tumpah kepada batang tubuh lelaki dari suku Marais yang kelihatan bermandi darah di sudut dinding sana .Terbaring dalam keadaan melentang dan hanya ombak nafasnya sahaja dapat menunjukkan bahawa lelaki itu masih bernyawa.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now