BABAD 48

64 15 0
                                    

Seperti melihat dirinya sendiri ketika satu demi satu pakaian juga perhiasan yang melambangkannya sebagai permaisuri kerajaan Darmenta dilucutkan,Permaisuri Adhreya tidak mampu menghalang esakannya daripada meletus.

Kaiiara yang diiringi dua anggota Balai Temenggung melangkah tegak dan tidak teragak-agak sedikitpun.Dan hanya kerana dia merupakan puteri mahkota kepada kerajaan Darmenta membuatkannya tidak dipasung seperti pesalah yang lain namun pakaian kasar serta kaki yang tidak beralas itu sudah cukup menyebabkan Permaisuri Adhreya berlinangan air mata.

Demi mendengarkan sahaja berita dari balairong seri,Permaisuri Adhreya terus mendatangi Istana Teratai untuk menemui puterinya itu dan kedatangannya disambut oleh Putera Amadeus yang juga tampak cemas dengan tindakan sang adik.

"Anakanda.." Permaisuri Adhreya mencapai pergelangan tangan puterinya yang senyap ketika itu " Apa yang anakanda fikirkan ketika melakukan hal tidak masuk akal begini? Tidak kasihankah anakanda kepada bonda dan ayahanda?"

"Tidak ada apa-apa yang bonda perlu risaukan.Anakanda cuma perlu menjalani soal siasat di Balai Temenggung.Bukannya anakanda pergi berperang."

Lihat ! Lihatlah betapa tenang sekali Kaii mengutarakan tiap patah perkataannya bagaikan kejadian tersebut bukan sesuatu yang buruk baginya.

" Puteri Kaiiara!"

" Berehatlah,bonda.Anakanda tidak apa-apa di sini.."

Seperti lazimnya tempat untuk mengurung pesalah,lokap sementara Balai Temenggung itu sudah cukup menghantar rasa tidak senang kepada permaisuri Adhreya.Lantai tanpa lapik dengan jerjak kayu yang  cukup teguh dan kukuh.Lalu ada para pengawal yang siaga berkawal dengan tombak serta obor yang menyala terang di tengah halaman.

Kaii bukanlah terlalu dungu untuk memahami bahawa ada seseorang yang sedang merancang untuk menggiringnya ke lokap Balai Temenggung dan dia hampir pasti siapa dalang disebalik kejadian tersebut.Siapa lagi yang punya pengaruh begitu untuk membuatkan para ahli Dewan Cendekiawan itu berkumpul lalu menyuarakan bantahan secara rasmi tentang keluarga diraja?

Tetapi bagaimana mungkin dia dapat menepis semua tuduhan tersebut tanpa menjejaskan sesiapa? Sepertinya apa yang dikatakan Athreyu tempoh hari benar-benar berlaku akhirnya.Dia hanya diibaratkan sebagai pintu yang membawa kepada kucar-kacir keluarga diraja.

"Akan bonda arahkan para dayang menghantarkan selimut kepada anakanda.Aduhai...malam akan sangat sejuk nanti" Tidak habis fikir Permaisuri Adhreya melihatkan keadaan lokap Balai Temenggung itu .

" Usahlah,bonda.Apa kata para rakyat jelata kelak?"

"Tapi..."

"Bonda.."Kaii mengenggam erat pergelangan tangan wanita itu sambil tersenyum "Percayalah.Anakanda pernah menghadapi keadaan yang jauh lebih teruk daripada ini."

Sekali lagi wanita itu terdiam.Dia tahu apa yang diperkatakan anaknya itu tidak ada yang salah.Putera Amadeus bahkan Raja Metheus juga telah menceritakan semuanya perihal Kaii.Tidak keterlaluan jika Kaii merupakan orang yang berjaya mengalahkan perancangan licik Keluarga Ares dan meletakkan semuanya kembali ke tempat yang sepatutnya.

Kaii tahu hal ini tidak akan berlaku jika bukan kerana salahnya.Dia dihantar ke lokap Balai Temenggung hanya merupakan permulaan kepada sesuatu yang lebih besar.Jika difikirkan,rantaiannya cukup jelas.Kejadian tersebut tidak akan berhenti hatta dia telah dijatuhkan hukuman sekalipun.Permaisuri Adhreya akan terlibat,Putera Amadeus dan juga seluruh keluarganya di Permukiman Lemuria sana.Paling tidak mereka akan dituduh cuba untuk menipu dan mencabuli undang-undang kerajaan Darmenta kerana membawa seorang penyamar untuk diperkenalkan sebagai puteri mahkota kerajaan.

Dan itulah yang paling tidak diinginkannya ketika ini.Jika itu yang akan berlaku,akan dikemanakan rasa bersalah Kaii? Dia yang terdampar ke dalam dunia Babad Saribu Bhyangkara itu telah menyebabkan segalanya kucar-kacir dan orang yang tidak bersalah menerima akibatnya.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now