IMBAS SEMULA
Hanya dengan membantu tuanku saya boleh balik.
Tujuh patah perkataan yang dikatakan Kaii kepadanya sudah cukup membuatkan Putera Amadeus tidak habis fikir.Entah apalah yang dimaksudkannya tidak ada sesiapa yang tahu bahkan abangnya sendiri sehingga mengerutkan kening dan memasang tampang seakan-akan tidak percaya adiknya baru sahaja mengungkapkan perkataan tersebut.
Kaii dan Athreyu mungkin merupakan pertolongan yang datang dalam keadaan sangat tidak diduga.Jika itu merupakan motif mengapa mereka menawarkan pertolongan kepadanya terus terang dia memang tidak dapat mengagak dan membaca hal tersebut.
Kerana sehingga hari itu,gadis tersebut sudah menyelamatkan dia sebanyak dua kali !
" Bapa Negara?"
Itulah kali pertama dia mendengar perkataan tersebut yang disebutkan oleh Kaii dengan tatapan mata yang bersinar-sinar.Malam itu,untuk kesekian kalinya mereka bertemu lagi seperti yang dijanjikan Kaii beberapa hari yang sudah.Seperti biasa dia menyelinap keluar dengan ditemani oleh Panglima Agean dengan meninggalkan Azka juga Efra di dalam kamar peraduan diraja bagi meninggalkan kesan bahawa dia sedang bersuka-ria dengan wanita-wanita cantik tersebut walaupun istana masih berada dalam suasana berkabung.
" Tuan Theseus." Ujar Kaii sambal mengutip seketul batu lalu meletakkannya di hadapan Putera Amadeus yang terkebil-kebil sendiri." Menteri ketenteraan yang memiliki 10 Arial.Betulkan?"
Putera Amadeus meneguk air liurnya yang terasa kelat tetapi tanpa sedar mengangguk juga.Mereka tahu apa yang dimaksudkan dengan Arial.Gelaran yang diberikan kepada satu ketumbukan tentera seramai lima ribu orang.Sekaligus menjadikan Tuan Theseus sebagai pemegang kepada paksi keselamatan seluruh Kerajaan Darmenta.
Membola mata pemuda itu melihat bagaimana Kaii melonggokkan 10 butiran batu yang lebih kecil di sebelah batu pertama yang dikutip gadis tersebut sebentar tadi.
" Hanya pada nama.Hakikatnya penasihat utama tetap sahaja Tuan Ares" Seperti lagaknya sedang berbicara kepada dirinya sendiri,dia tidak menunggu Putera Amadeus,Panglima Agean ataupun Athreyu untuk menyampuk kerana dia tahu mereka sedang mencerna apa yang hendak dikatakannya malam itu.
" Panglima Agean." Kaii mengangkat wajah sekali lagi lalu berbalas pandang dengan Panglima Agean yang tidak kalah bingungnya ketika namanya disebut.Meraih seketul kerikil lalu meletakkannya di hadapan Putera Amadeus." 1 Arial.Lalu ada Panglima Madeia di Balai Temenggung dengan 3 Arial."
Putera Amadeus sekali lagi tergamam sehinggakan dia tidak mampu menyahut walaupun sepatah perkataan.Hairan sekaligus takjub bagaimana Kaii boleh mengetahui hal-hal sedemikian namun perlahan-lahan dia mulai memahami maksud yang hendak disampaikan Kaii kepada mereka malam tersebut.
" Dengan mengambil kira bagaimana Keluarga Ares ini terlalu ingin untuk menguasai kerajaan,cukup dengan hanya menyerahkan 2 atau 3 Arial kepada tuanku sebagai harga untuk mendapatkan gelaran Bapa Negara,tuanku sudah berjaya mengurangkan kuasa ketenteraan mereka."
Kaii meraih tiga ketul kerikil yang dilonggokkannya berhampiran batu yang mewakili Tuan Theseus tadi lalu meletakkannya di hadapan sang putera yang seakan-akan terlihat kelibat hantu.Kaku tetapi matanya tidak lepas menatap butiran kerikil tersebut.Silih berganti antara 7 butir kerikil di hadapannya dengan 7 butir lagi berhampiran ketulan batu yang mewakili Tuan Theseus.
" Sekarang tuanku sudah memiliki 7 Arial." Ujar gadis tersebut ." Sudah menyamai kekuatan Tuan Theseus dari segi ketenteraan."
" Masalah ketenteraan selesai." Sambungnya yakin " Kini tinggal masalah perbendaharaan dan juga sentimen masyarakat umum.Tiga penentu utama dalam pengukuhan kuasa politik dan pentadbiran sesebuah kerajaan."
YOU ARE READING
Babad Saribu Bhyangkara
AdventureKaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan seluruh ahli keluarganya.Dalam keadaan demikian, dia mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya sendiri dengan terjun ke dal...