ISTANA PUTIH
" Umumkan kedatangan saya."
Tuan Ares tidak mengerling sedikitpun wajah dayang pembantu dengan pangkat paling kanan itu tatkala dia memakukan langkahnya di hadapan sebuah pintu bilik yang paling kemas ukiran pada bingkai pintunya.Dua buah pasu besar daripada marmar merah bergurat putih mengapit pintu tersebut dengan tumbuhan renek berbatang meliang-liuk seperti ular itu tegak bagaikan menjadi pengawal kepada penghuni di dalamnya.
" Tuanku Permaisuri.." Dayang paling kanan dan paling berusia itu mengeraskan sedikit suaranya " Tuan Ares mohon menghadap "
Jeda beberapa detik lalu kedengaran satu suara dari sebalik pintu.
" Persilakan."
Dayang Arta menundukkan kepala hormat lalu mencapai bingkai pintu.Ditolaknya pintu tersebut ke arah kanan lantas mendepakan sedikit tangannya ke dalam,mengisyaratkan agar Tuan Ares memasuki bilik tersebut setetlah diperkenankna oleh permaisuri.
Sebaik sahaja batang tubuh Tuan Ares sudah menyelit di sebalik pintu,dia kembali merapatkan daun pintu gelongsor tersebut lalu bergerak perlahan meninggalkan ruangan itu dalam keadaan berjalan mengundur ke belakang diikuti oleh empat dayang pembantu yang mempunyai kedudukan paling rapat dengan permaisuri Kerajaan Darmenta itu.
" Sembah hormat,tuanku permaisuri."
Tuan Ares merapatkan tangan di hadapan badannya lalu menundukkan kepala.
" Ayahnda.."
Permaisuri Kerajaan Darmenta itu berdiri pantas menyambut kedatangan sang ayah lalu mempersilakannya duduk.
Mereka senyap sahaja apabila sekali lagi Dayang Artha menolak pintu dan kali ini dua daripada dayang pembantu kepada baginda permaisuri menyelit dengan membawa dua dulang yang berisi seteko minuman panas serta cicipan kecil peneman teh.Menghidangkan di hadapan Permaisuri Aerya.Selesai menghidangkan,mereka kembali meninggalkan bilik tersebut dengan senyap dan patuh.
Permaisuri Aerya meraih pinggan kecil berisi kuih hijau yang berbentuk helaian daun itu lalu menolaknya ke hadapan ayahnya.
" Ayahnda sihat?"
" Patik sihat,tuanku permaisuri."
Wanita itu mengukir senyuman sekilas manakala ayahnya menghirup teh suam itu perlahan-lahan.Wajah wanita nombor satu Kerajaan Darmenta itu ialah wajah kebanggaannya.Lambang kejayaan dan usaha kerasnya selama ini.Melihat pakaian sutera merah muda yang membalut tubuh wanita itu,dia merasakan ada bangga yang meruap di dalam hatinya.
Tidak sia-sia usaha yang dilakukannya selama ini.Jubah sutera merah darah dengan tekat benang emas yang tergantung di sudut bilik itu menandakan dia satu-satunya wanita yang layak menyarung jubah kemegahan tersebut.
" Tuanku beransur sihat kalau itu yang ayahnda ingin tanyakan."
Permaisuri Aerya memecahkan suasana hening di ruangan itu.Menerima kunjungan sang ayah memang antara hal yang disenanginya tetapi ada firasat halus yang menyelinap pantas sebaik sahaja suara Dayang Athra mengumumkan ketibaan lelaki itu.Tampak gayanya,kedatangan ayahnya kali itu seperti membawa perkhabaran yang tidak menyenangkan.
" Bukan itu tujuan patik datang ke sini."Tuan Ares menyudahkan hirupannya lalu kembali meletakkan cawan ke atas meja. Menyeluk sesuatu ke dalam saku baju yang dipakainya lalu menghulurkan kepada wanita itu." Tetapi ini."
Helaian kertas papirus yang sudah kumal itu segera diraih.Pantas matanya mengamati deret tulisan yang tertera di atas permukaan kertas tersebut.Mendadak sahaja jari-jarinya menggeletar tidak dapat ditahan.Wajahnya juga berubah pucat .
YOU ARE READING
Babad Saribu Bhyangkara
AventuraKaii, seorang atlet muda yang sangat cemerlang mendadak hilang pedoman apabila terlibat dalam kemalangan dan mengorbankan seluruh ahli keluarganya.Dalam keadaan demikian, dia mengambil keputusan untuk mengakhiri hidupnya sendiri dengan terjun ke dal...