BABAD 37

71 14 2
                                    

Panglima Madeia yang berdarah di sana sini melonjak turun daripada pelana kuda tunggangannya sebaik sahaja melihat kelibat Putera Amadeus sementara putera tersebut pantas berdiri lalu menyonsong kedatangan lelaki itu.

" Panglima tidak apa-apa? " Seketika dia terlupakan sakit pada dirinya sendiri sambil memusingkan tubuh Panglima Madeia bagi memeriksa sama ada darah pada pakaiannya itu merupakan darahnya sendiri atau bukan.

" Patik tidak apa-apa,tuanku.Tuanku sendiri bagaimana? "

Sambil menghembus nafas lega dia menggelengkan kepala. " Bagaimana? "

" Patik gagal mendapatkan sebarang maklumat tentang serangan tersebut. Lelaki terakhir yang patik tangkap membunuh dirinya sendiri"

Putera Amadeus diam membisu namun tidak sukar mengagak siapa pelaku angkara tersebut. Hanya sahaja tidak ada sebarang bukti yang kukuh untuk mengesahkan telahannya itu.

Namun ketika melihat Aduria datang menghampiri mereka, Panglima Madeia pantas menghunus pedangnya dan bersiap sedia menebas sesiapa sahaja yang menghampiri Putera Amadeus.

" Turunkan pedang Panglima. Aduria tidak perlu dikhuatiri. " Putera Amadeus mengisyaratkan bahawa lelaki bertubuh tegap lampai itu bukanlah seperti apa yang mereka dengar selama ini.

" Terlalu panjang untuk diceritakan.Cukuplah jika beta katakan Aduria juga merupakan mangsa dalam keadaan ini"

" Maksud tuanku? "

" Tidak ada apa-apa yang berlaku sebenarnya. Kami datang ke ibu kota kerana ini.. "

Aduria menghulurkan segulung kertas papirus kepada Panglima Madeia dan setelah melihat Putera Amadeus menganggukkan kepala, cepat-cepat dia membukanya.Riak wajahnya berubah pantas ketika melihat cop rasmi kerajaan Darmenta terpampang megah pada bucu kertas.

"Beta tidak pernah mengutuskan surat begitu. " dari nada suaranya jelas sang putera jengkel bukan kepalang." Dan panglima sedia maklum bukan mengapa beta keluar dari istana.. "

" Surat dari Aduria. " Panglima Madeia menjawab dengan nada seakan-akan tidak percaya.

" Juga bukan daripada saya"

" Maknanya.... "

" Ada pihak cuba melaga-lagakan beta dengan ketua kaum Gasar. Dan jika telahan beta betul, kejadian serangan ke atas batalion utara juga sebahagian daripada rancangan tersebut."

Panglima Madeia terpegun dengan kenyataan yang satu demi satu diketahuinya awal pagi tersebut. Dan sekali lagi ketika melihat susuk Kaii dan abangnya menuju ke arah mereka, lelaki itu mati kutu.

Adik beradik dari Keluarga Eleus itu selalu sahaja menimbulkan pertanyaan yang besar dalam kepalanya bahkan bukan tidak pernah dia senyap-senyap menghantar orang untuk menyiasat tentang hal tersebut. Bermula dengan perkenalan mereka di halaman belakang Balai Temenggung semasa pemilihan pengawal diraja tempoh hari sehinggalah kepada kejadian dia diarahkan agar menukarkan minuman yang dicampurkan racun itu.

Dua beradik tersebut sepertinya memiliki pertalian aneh dengan Putera Amadeus! Bahkan Aduria yang terkenal ganas ketika merompak para pedagang yang melalui padang rumput utara itu juga entah bagaimana dapat duduk sebelah menyebelah dengan sang putera.

Hatra, pemuda dari Suku Marais yang diutus khas oleh Kaii untuk menemui Aduria jauh lebih awal sebelum ketibaan Putera Amadeus ke Lembah Ebrima itu mendongakkan kepala menatap langit sebaik sahaja telinganya sayup-sayup menangkap suara burung helang. Mengerutkan dahi, seruas wisel buluh yang tergantung pada pinggangnya ditiup panjang. Beberapa detik kemudian,dia menghulur tangan kanan ke udara.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now