BABAD 47

65 13 0
                                    

Kerana saiz tubuh putera Amadeus,Athreyu dan juga Panglima Agean jauh lebih tinggi daripada Kaii,maka dengan pantas sahaja mereka mendahuluinya menuju ke gerbang utama istana meninggalkan para dayang dan pembantu terkejar-kejar sendiri.

Panglima Madeia yang mengetuai Balai Temenggung menyambut ketibaan mereka dengan sapaan hormat seorang panglima kepada rajanya dan dengan wajah yang berkerut masam,Putera Amadeus mendengarkan dengan saksama penerangan daripada Panglima Madeia.

" Bagaimana tuanku? Perlukah kita mengizinkan mereka untuk menghadap baginda?"

" Mana mungkin kita membiarkan mereka berhimpun di luar istana? Apa kata para penduduk nanti?"

Daripada celah gerbang istana yang sedikit terbuka,jelas dalam pandangan mereka ada ratusan orang sedang berkumpul di luar istana.Melalui warna jubah rasmi yang dipakai oleh lelaki-lelaki tersebut,mereka dengan segera mengenali bahawa rombongan tersebut lebih daripada separuh adalah merupakan ahli Dewan Cendekiawan dan sebilangan kecil lagi ialah para menteri dan orang-orang penting kerajaan.

Tanpa beralaskan apa-apa,mereka duduk melutut di atas permukaan tanah yang kasar.Melaungkan secara serentak tentang permohonan mereka untuk menghadap baginda raja tanpa memperdulikan para penduduk yang lalu lalang ataupun anggota Balai Temenggung yang tegak berkawal di pintu gerbang dan lengkap bersenjatakan tombak.

"Siasat semula hal ini dengan teliti,tuanku.." serentak mereka bersuara membuatkan bahagian hadapan gerbang istana itu bingit " Siasat semula demi menjaga kedaulatan undang-undang kerajaan Darmenta dan menenangkan kegelisahan rakyat jelata.Siasat semua,tuanku!!"

Dewan Cendekiawan walaupun pada dasarnya tidak terlibat dalam urusan politik istana dan hanya menumpukan usaha dan sumber untuk melahirkan golongan celik ilmu dalam kalangan anak muda yang dipilih secara ketat melalui sistem peperiksaan,namun mereka mampu mempengaruhi rakyat jelata yang tidak tahu menahu tentang politik istana.

Sentimen dan fikiran rakyat jelata tidak ubahnya seperti air di dalam sebuah bekas.Ia akan condong mengikut arah bekas tersebut dicondongkan dan tidak ada hal lain yang sangat cepat mempengaruhi sentimen tersebut selain daripada khabar angin.

Hal tersebut ialah perkara pertama yang melintas dalam fikiran Putera Amadeus sebaik sahaja melihat begitu bersungguh sekali para anggota Dewan Cendekiawan menyuarakan isu tersebut membuatkan kemarahannya menyeruak tiba-tiba.

Harta dan wang tidak akan mampu menggugat seseorang yang tidak tamak haloba manakala ancaman kekerasan tidak akan pula menggentarkan seseorang yang memiliki keberanian.Namun,kemampuan untuk mempengaruhi fikiran itulah kekuatan yang paling tidak disangka-sangka kerana hanya dengan keteguhan fikiran sahaja segala godaan wang juga harta bahkan ancaman keras akan dapat dikalahkan.

Lalu,tidak ada angin tidak ada ribut-anggota Dewan Cendekiawan yang sangat dihormati itu berkumpul di luar istana bagi memohon perkenan raja untuk masuk menghadap baginda.Jika sentimen rakyat seperti genangan air dalam sebuah bekas,khabar angin pula lebih berbahaya daripada perang bersenjata.Khabar angin sekalipun akan bertukar menjadi sesuatu yang akan dipercayai jika terus-terusan diulang sehinggalah ada sesuatu yang akan menghentikannya.

Siapa yang berani memulakan khabar angin tentang puteri mahkota itu seorang penyamar dan lebih buruk daripada itu-seorang ahli sihir?? Sungguh tidak mengenang jasa! Jika bukan kerana Kaii,istana dan seluruh pekan Annara pasti akan huru-hara dengan serangan daripada Aduria yang sememangnya terkenal ganas dan tidak mengenal belas kasihan. Bukan sahaja Darmenta,dia sendiri dan baginda raja pun berhutang nyawa dengan Kaiiara.Namun,lihatlah.Kerana Kaii kerajaan Darmenta baik-baik sahaja sehingga kini dan pemberontakan yang bakal meragut lebih banyak nyawa itu dapat dielakkan.

Jika hukuman kepada penyamar sahaja sudah cukup mengerikan,padah hukuman jika didapati mengamalkan ilmu sihir jauh lebih berat dan sejarah hitam kerajaan Darmenta dengan Suku Marais sudah tercatat dalam sejarah kerajaan sebagai tragedi berdarah yang tidak akan dilupakan. Undang-undang Darmenta jelas menyebutkan sesiapa sahaja yang terlibat dengan pengamalan ilmu sihir akan dijatuhkan hukuman mati sebagai amaran kepada rakyat yang lain agar menjauhi ilmu tersebut.

Babad Saribu BhyangkaraWhere stories live. Discover now