Bab 1

846 70 2
                                    

"Even though I try to spend a normal day
I can't do it, I can't do it anymore."

Not Anyone Else - Kim Na-Young


Tombol pintu ditolak, memberi laluan buat angin bertiup dingin ke dalam kafe. Dia menayangkan senyumannya dan aku membalas seraya melangkah ke luar hanya untuk disapa oleh dentuman guruh di langit yang sayup-sayup kedengaran. Nampaknya sang matahari takkan mempamerkan sinarnya hari ini.

Gemerincing loceng dari basikal yang lalu di lorong sempit itu membuatku tunduk semula ke bumi. Tambahan pula lenganku direntap sedikit kasar. Jejaka yang berpakaian kasual dengan t-shirt polo dimasukkan ke dalam celana itu menjegilkan matanya ke arah penunggang basikal tadi.

"Cik Bunga tak apa-apa ke?" Perhatiannya dialihkan kepadaku.

Aku sedikit bingung mendengar pertanyaannya. Hanya apabila aku tunduk memandang skirt labuh yang aku kenakan, barulah aku mengerti. Penunggang basikal tadi secara tak sengaja menyemburku dengan air lopak. Mujurlah hanya hujung skirt saja yang terkena.

"Hm." Aku mengangguk.

Lega mendengar jawapanku, dia menarik semula lengannya. Tangan diselukkan ke dalam poket celana. Masih janggal berhadapan denganku. Lagi pula, tempoh perkenalan kami tidaklah selama mana. Ini juga kali pertama kami bersua muka. Sejujurnya, aku sendiri belum menyesuaikan diri.

"Today was fun." Katanya, melakarkan senyuman.

Sekali lagi, aku mengangguk. Janji temu pertama kami tidaklah seistimewa mana. Tapi atmosfera di kafe yang terletak di lorong terpencil itu memperbaiki atmosfera sepanjang sesi mengenal hati budi satu sama lain.

"Since kita bukan budak-budak lagi, saya rasa lebih baik kalau kita terus-terang je." Aku bersuara.

Dia tersenyum lagi tetapi manisnya dikurangkan. Aku menahan keluhan. Tak mahu meneka pengakhiran janji temu pertama kami.

"Is there going to be a second date?" Sambungku.

Dia tunduk. Kaki menepuk batu buntar dengan gemuruh. Menyusun kata dalam kepala, berhati-hati agar tak melukai hati sesiapa.

"It's okay." Aku tertunduk, cuba untuk kekal tersenyum. "Saya faham."

"I'm happy with today's date tapi... saya rasa personaliti kita tak sesuai. Minat pun berbeza. There's nothing we share in common."

Betul. Aku jenis yang suka mendengar, dia juga jenis yang suka mendengar. Kalau dua-dua nak mendengar, siapa yang nak meluah? Personaliti kami terlalu identikal. Tak memungkinkan kami untuk bersama.

"Sorry." Ucapku sambil menalakan pandangan ke dalam kafe melalui jendela kecil berangka putih. Kedinginan dalam kafe masih terasa meskipun sudah lama meninggalkannya. "Cantik tempat ni. Mesti awak simpan tempat ni untuk someone special, kan? Too bad I can't be that person."

"Tak perlu nak minta maaflah. I'm glad I get to come here with you tapi rasanya lain kali, saya datang dengan buku jelah. Suasana dia lebih sesuai untuk me-time."

Aku tertawa mendengarnya. Bersetuju dengan kata-kata yang dia gunakan untuk menjelaskan atmosfera di dalam kafe itu.

"Jom. Saya hantar Cik Bunga balik?" Pelawanya.

Aku mendongak, memandang langit. Nampaknya, tak lama lagi hujan akan berhenti sepenuhnya.

"Tak apalah. Saya ingatkan nak jalan kaki."

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now