Bab 17

256 33 2
                                    

7 Tahun Lalu...

"Cuti ni kau tak pergi mana-mana ke?" Tanya Hani di corong talian.

Baju kurung aku keluarkan dari dalam almari. Menanggalkan penyangkut baju lalu aku lipat kemas dan letakkan ke dalam bagasi. Tiga hari lagi, cuti semester berakhir dan aku secara rasminya masuk ke tahun ketigaku bergelar mahasiswa universiti. Tahun depan, tahun terakhir dan setelah itu, kami semua akan mengikut haluan masing-masing. Satu lagi perpisahan.

"Tak." Jawabku.

"Boyfriend kau?"

"Helios?"

"Iyalah, Helios."

"Hm..." Aku melabuhkan punggung pada katil berangka besiku. "Dia pergi Melaka. Abang dia konvo."

"Iya ke? Eh, tak boleh jadi ni! Kena minta oleh-oleh ni."

"Amboi. Aku yang girlfriend dia ni pun tak minta apa-apa tau?"

"Siapa suruh kau tak minta?" Balas Hani, mengundang tawaku.

Bukan tak mahu tapi aku tak suka dia membazir untuk aku. Terkadang, aku merasakan dia terlalu pemurah. Apa yang aku mahu, semua dia berikan walhal aku tak pernah menyuarakan apa-apa. Macam mana dia tahu aku nak benda tu pun, aku tak tahu. Teliti sangat orangnya.

Lagipun, aku dan dia belum ada ikatan yang sah. Kalau tadi aku dah sah jadi isteri dia, tak apalah nak belanja banyak-banyak untuk aku. Satu lagi, cinta tak semestinya terletak pada hadiah dan pemberian. Apa yang dia buat untuk aku selama ni pun dah cukup dah. Tapi lain orang, lain cara untuk tunjuk rasa sayang, kan? Jadi aku tak mahu hakimi cara kalian.

"Iya, mak?!" Hani menjerit.

Aku mengerling sekilas telefon yang aku letak bersebelahan bagasiku. Kedengaran suara lantang di hujung talian. Diikuti dengan keluhan kuat Hani.

"Okaylah Bunga. Mak aku dah bising dah suruh aku mandi."

"Eh, kau tak mandi lagi ke? Matahari dah terpacak atas kepala dah ni!"

"Alah, kau tak tahu ke? Perempuan cantik selalunya mandi lewat."

"Hm. Iyalah. Aku malas nak berdebat dengan kau."

Hani ketawa mengekek. "Okaylah. Bye-bye. Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam."

Talian dimatikan dan skrin kembali ke halaman utama. Seekor anak kucing berbulu kelabu yang sedang berbaring di atas lantai menghiasi halaman utamaku. Senyuman lantas menjangkiti bibir dan telefon aku capai. Masih ingat akan kucing peliharaan keluarga Helios itu.

"Haih. Seharian tak chat apa-apa. Call pun tak. Dia busy teman mama dia shopping ke?" Gumamku sendirian.

Tiba-tiba;

Helios: Bungaaaaaa

"Eh!" Aku membuka mesejnya. "Macam tahu-tahu je orang tengah fikir pasal dia."

Helios: Sorry tak dapat chat. Tadi mama ajak shopping. Habis semua kedai tudung dia pergi

"Laa... betullah busy teman mama dia shopping?" Aku tertawa kecil.

Bunga: Takpe

Helios: Eh by the way, tadi aku ada belikan something untuk kau hehe

"Haih, dia ni! Aku dah agak dah."

Bunga: Untuk aku? Tapi aku tak minta kau belikan apa-apa pun

Helios: Tahu but still. Aku nak belikan juga

Bunga: Kau beli apa? Mahal ke? Kalau mahal, aku tak nak!

Helios: Tak adalah mahal mana. Dia kecil je tapi banyak

Bunga: Kecil tapi banyak?

Helios: Jeng jeng jeng

"Kecil tapi banyak?" Aku mengetap bibir, berfikir dalam. "Apa dia eh?"





Tiga hari berlalu dan semester ke-6 bermula. Jasmine tak putus-putus merungut, mengatakan cuti dua minggu itu terlalu singkat sedangkan aku merasakan tempoh itu terlalu lama. Seakan waktu berlalu dengan begitu perlahan. Terkadang aku rasa seperti aku menghitung butir dalam jam pasir yang jatuh sebutir demi sebutir. Sangat perlahan dan memakan masa.

Awalnya, aku menyangka itu terjadi kerana cuti semester yang lalu aku tak ke mana-mana. Keluar rumah pun tidak. Inikan pula melancong ke tempat lain. Setibanya aku di ruang terbuka bangunan fakulti bisnes, tempat para pelajar sebidang denganku meluangkan masa sebelum kelas bermula, barulah aku faham mengapa masaku berlalu dengan perlahan.

"Eh, boyfriend kaulah!" Jasmine melagakan bahunya dengan bahuku.

"Haa, mulalah tu nak sakat orang!"

Jasmine tertawa dan mengatur langkah pergi. Mencari meja yang kosong. Perasan aku sedang memandangnya, Helios yang seronok berborak dengan Rowan dan juga Lutfi menalakan pandangannya ke arahku. Alis yang terukir cantik dia jongket. Itu caranya menyapaku setiap kali kami bertembung. Aku membalas dengan senyuman.

"Hoi, buat apa kat situ?" Tegur Hani. "Duduklah." Ajaknya.

Aku menggaru kepala. Tak sedar aku berdiri lama di sini. Tersipu malu, aku laju-laju bergerak ke meja yang menempatkan Hani dan Jasmine. Setelah aku duduk, Jasmine pula meminta diri. Mahu ke tandas kerana 'urusan mendadak'. Hani menggelengkan kepala. Siapa suruh pagi-pagi minum Coca-Cola? Dengan perut kosong pula tu.

"Kau rasa sem ni susah tak?"

Aku menjongket bahu. Hani mengeluh dan menghantukkan dahinya pada meja plastik itu. Hampir menjatuhkan botol airku dek gegaran kuat dari hentakannya.

"Tak lama lagi praktikal. Aku still lost. Sampai bila nak jadi macam ni?" Rengeknya. Tiba-tiba, dia menoleh ke arahku. "Okay tak kalau lepas graduate nanti, aku terus kahwin?"

"Kahwin?" Aku memalsukan tawa dengan sengaja. "Kau calon pun tak ada. Ada hati nak kahwin."

"Ha'ahlah. Lupa pula kena ada calon." Dan dia menyambung sesi merungut tentang kehidupan dan aku mendengar dengan khusyuk.

Tiba-tiba, sebuah kotak lutsinar diletakkan ke atas meja. Coklat dengan pembalut keemasan itu menarik perhatianku. Aku dan Hani serentak mendongak. Helios sudah melabuhkan punggung di hadapan kami. Hani berdehem kuat.

"Dahlah. Aku nak cari tempat duduk lain jelah." Tuturnya.

Aku menarim hujung blausnya. Menghalangnya dari pergi. Wajah Helios aku pandang. Memberi isyarat memintanya pergi. Helios mengeluh panjang. Nampaknya, dia perlu mengalah lagi.

Dia bingkas bangun. Sempat menghadiahkan senyuman buatku sebelum kembali ke kumpulannya. Hani juga mengeluh dan duduk semula di kerusinya. Hujung blausnya aku lepaskan. Tangan mencapai sekotak coklat pemberian Helios. Telefon aku keluarkan dan laju-laju membuka ruang bual kami.

Bunga: Maceh

Helios: Came-came

Aku mendongak dan pandangan kami bertembung. Dia tersenyum lebar hingga telinga. Matanya hampir tak kelihatan. Kotak coklat di tangan aku pandang semula dan teringatkan penjelasannya tentang buah tangan untukku itu. Kecil tapi banyak.

"Coklat rupanya."

Senyuman semakin melebar. Suka dengan pemberiannya.

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now