Bab 31

638 48 7
                                    

Untuk Matahari,

Terkadang aku tertanya, apa yang bermain di mindamu setiap kali mereka menyebut namaku. Dalam tak sedar, selama ini jawapannya ada pada diriku. Hubungan yang tak manis sentiasa itu milik kita berdua. Betapa sayangnya aku kepada hubungan kita, begitulah rasa sayangmu juga. Sakit yang aku rasa, turut kau rasai. Mungkin kita tak jauh berbeza seperti yang aku sangkakan. Sama seperti aku pernah merasa kosong setiap kali mereka menyebut namamu, mesti kau juga pernah melalui fasa yang sama.

Aku tahu aku tak pernah mengutarakan perasaan sebenarku. Yang aku ucap hanya cinta, tak pernah duka. Jadi hari ini, akan aku beritahu segalanya. Janji, takkan ada lagi rahsia.

Matahari, aku tak tahu keadaanmu setelah kita membawa haluan masing-masing. Andai tiba hari di mana kau tertanya jika 'kita' sekadar mimpi atau lena tak datang kerana kau menyesali 'kita' dan apa yang terjadi, aku mahu kau tahu, perasaan suka itu benar. Kau tak pernah bertepuk sebelah tangan. Tidak walau sekali. Aku suka kau. Aku harap itu cukup untuk mengembalikan lenamu.

Andai satu hari nanti kau rindukan 'kita' dan mahu kembali ke masa lalu pula, aku harap kau lupakan niat itu dan juga lupakan aku. Perjalanan itu sukar tapi aku harap kau tahu; membuat keputusan yang betul juga terkadang mengundang kesedihan.

Aku mahu kau tahu, aku takkan pernah menyesali 'kita' atau waktu yang aku habiskan menanti kepulanganmu. Satu hal yang aku sedari; hidup bukan untuk kita menunggu dan terus menunggu bila ribut akan berlalu tapi untuk belajar menari dalam kehujanan. Dalam aku menunggu kepulanganmu, aku juga sempat menikmati hidupku. Jadi jangan pernah rasa bersalah kerana membuatku ternanti-nanti.

Matahari, ini bukan tentang kau. Ini untuk kau. Harapnya, ini yang terakhir.

Daripada,

Bunga.

- TAMAT -

13.06.2021 - 13.07.2021

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now