Bab 26

273 36 3
                                    

"If you're truly happy, 
I'll stop and do nothing.
I'll just let things be.
I'll just let it pass as if I have no feelings left."

Do Nothing - Dmeanor

"Makin you jauh dari dia, makin senang nak lupakan dia. Makin senang I nak kenal you."

"Seriuslah dia cakap macam tu?" Suara Hani di hujung talian naik satu oktaf.

Aku mengeluh kuat. Belakang aku sandarkan pada pengadang balkoni. Tempat aku melepaskan tekanan dan lari dari kerja walau hanya untuk seminit. Kesibukan orang di bawah sering aku pantau dan dalam tak sedar, seringkali aku hanyut dalam fikiran sendiri.

"Kau sure ke dia Eric?"

"Hah?"

"Tak adalah. Tak pernah-pernah lagi aku tengok si Eric tu berkepit dengan mana-mana perempuan. Aku ingat dia tak minat perempuan."

"Kalau tak minat perempuan, minat apa?"

"Minat pisanglah."

"Isy, kau ni!"

Hani ketawa mengekek. Aku mengulum senyum. Menahan tawa. Kalau ikut gelak sekali, tak pasal-pasal orang fikir aku gila pula nanti. Dahlah bunyi ketawa aku pelik. Nyaring pula tu. Ha'ah. Sedar diri.

"Tapi kalau kau dengan Eric pun okay juga."

Aku berpusing. Tidak lagi bersandar pada pengadang balkoni. Tangan aku panjangkan. Merasai bayu yang bertiup lembut.

"Kenapa?"

"Aku... tak kenal dia sangat tapi aku tengok budak tu elok je. He seems like a good guy. I mean, kalau nak bandingkan dengan Helios, obviously Eric is better."

"So what? Kau nak aku gunakan Eric untuk move on dari Helios? Macam tu?"

"Bak kata orang, lebih baik dicintai daripada mencintai."

"Tapi kalau aku terima dia, tak ke sama macam aku mainkan perasaan dia je?"

"Tapi..."

Suara Hani tenggelam. Pandanganku jatuh pada jejaka yang keluar dari dalam perut kereta dan masuk ke dalam bangunan pejabat. Meski dari jauh, aku dapat mengecam siluetnya.

"Hani. Nanti aku call kau balik."

"Eh, Bu—"

Talian aku matikan dan masuk semula ke dalam bangunan, meninggalkan balkoni.

"Haa, Bunga! Lama I cari you." Kamil muncul, menghalang jalan. "You dah tengok ke video—"

"Er, Kamil! I'm so sorry tapi I ada hal. Let's talk later."

Aku mengelak darinya dan meneruskan langkah, tak mengendahkan panggilan namaku di belakang. Tombol lif aku tekan. Sebaik saja lif tiba, aku terus masuk ke dalam dan menekan digit aras di mana studio rakaman terletak dan juga di mana Helios menghabiskan waktunya.

Beberapa saat kemudian, lif tiba. Pintu lif belum terbuka sepenuhnya tapi aku sudah menyelinap keluar. Langkah semakin laju. Terburu-buru untuk bertemu dengannya.

Bilik B1. Studio yang disediakan khas untuk Helios gunakan mengarang lagu dan juga merancang pembikinan video musik lagu pertamanya, Matahari. Belum sempat buku jari mengetuk pintu, kedengaran gelak ketawa dari dalam.

"Eh, kenapa macam suara..."

Aku menjongket. Mengintip melalui tingkap bulat kecil pada pintu. Hari ini, Helios tak bersendirian tetapi ditemani oleh—

"Jasmine?"

Tangan dia letakkan pada bahu Helios. Tawa mereka masih bersisa. Helios tak habis menuding pada skrin komputer riba di hadapan mereka. Kerusi semakin rapat. Terlalu rapat. Aku berpaling. Membelakangi pintu.

Dinding kosong berwarna kuning pucat di hadapan aku pandang lama. Kaku, tak berganjak walau seinci. Suara mereka masih samar-samar kedengaran sementara aku masih sibuk mencipta alasan untuk mereka.

Jasmine pengurus Helios. Wajarlah jika mereka rapat. Tambahan pula, mereka saling mengenali satu sama lain. Bahkan sebelum Helios menandatangani kontrak di syarikat ini lagi. Sejarah mereka panjang.

Meski dengan alasan-alasan itu, hatiku tetap bergelora. Tetap berfikir negatif.

"Bak kata orang, lebih baik dicintai daripada mencintai."

Lebih baik dicintai daripada mencintai. Ayat yang sama aku ulang dalam kepala seolah ianya mantera dan dalam tak sedar, jari mendail laju sepuluh digit. Satu deringan, panggilan dijawab.

"Hello. Bunga ni. Are you free tonight?"





Persekitaran kami aku perhati. Layar skrin menayangkan perlawanan bola, meja plastik yang goyah, dua cawan teh tarik dan jejaka dengan jersi merah di hadapanku. Bila aku mengajaknya keluar, bukan ini yang aku bayangkan.

"Kenapa?" Tanya Eric, kening terangkat dengan tanda tanya.

"Tak sangka pula you nak jumpa kat kedai mamak je."

"Eh, kedai mamaklah best! Makanan sedap, meriah pula tu!" Getusnya bersemangat. "Kenapa? You tak selesa ke?"

"Eh, tak! Bukan macam tu. I okay je pergi mana-mana. Cuma takut you yang tak selesa."

Eric tersenyum kecil. Kebiasaannya aku melihat dia berpakaian formal dengan kemeja diseterika dipadankan dengan tali leher dan rambut disikat rapi. Melihatnya dalam pakaian kasual seperti sekarang, aku menyedari dia agak menawan orangnya. Padanlah perempuan meja sebelah tak habis curi-curi pandang.

"By the way, nak cakap apa? Macam penting sangat je."

Oh, iya. Aku hampir terlupa akan niatku mengajaknya bertemu malam ini.

"I setuju."

"Setuju...?"

"I nak tarik diri dari jadi manager Helios." Aku menatapnya. "And I setuju nak kenal you or bagi you kenal I or kenal each other, whichever it is, I setuju."

"Serious?"

Aku mengangguk dan wajahnya bersinar dengan kegembiraan. Terlalu gembira sehingga hampir meraih tanganku. Mujurlah kewarasan akalnya sempat menamparnya kembali ke dunia realiti.

"Sorry—and thank you." Dia menggigit bibir.

"No. Thank you." Aku menghadiahkan senyuman ikhlas untuknya.

"Kalau boleh I tanya, kenapa you tiba-tiba tukar fikiran? I mean, I know lambat-laun you mesti setuju juga tapi kenapa cepat sangat?"

Sebab aku nak belajar erti melepaskan seseorang dan aku ingin tahu mengapa lebih baik untuk dicintai berbanding mencintai.

"Because it's time?"

Walaupun jawapanku agak samar-samar, Eric mengangguk faham. Lebih tepat, cuba untuk memahami meski masih ada teka-teki tak berjawab. Sama seperti dia cuba untuk memahamiku, aku mahu mencuba untuk memahaminya dan mungkin juga, menyukainya.

Aku harap aku tak memulakan sesuatu yang sia-sia.

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now