Bab 28

259 35 0
                                    

"If I act like I'm happy,
I believe I'll forget you some day.
You probably don't know that's what I think."

Deepen - Melomance

Kad syarikat dengan nama dan jawatanku aku tunjukkan kepada pengawal. Berkali-kali aku cuba jelaskan kepadanya yang aku bukanlah peminat fanatik Helios yang menyamar jadi salah seorang pengurusnya tapi dia langsung tak mempecayai walau satu persen daripada kata-kataku.

Nombor telefon Jasmine juga sudah berkali-kali aku dail. Setiap panggilan masuk ke mel suara. Berdering pun tidak. Nak kata kawasan tak ada isyarat telefon, tak juga.

"Bunga!"

"Jasmine!"

"Ya Allah, kau buat apa tercegat kat luar ni? Aku dah lama tunggu kat dalam!"

"Yang kau tak jawab call aku, kenapa?" Pengawal berbadan tegap di hadapanku aku jeling tajam. "Aku tak boleh masuk." Tambahku.

"Dah, dah! Cepatlah!"

Jasmine menarik tanganku dan kali ini, pengawal tersebut membiarkanku. Bazir air liur aku je. Kalau tahu, baik aku duduk diam-diam tunggu Jasmine.

"Mana USB tu?"

"Oh!"

Aku mengorek isi dalam poket celana.

"Cepatlah!" Gesa Jasmine.

"Kejaplah! Poket ni sempit sangat."

Geledah punya geledah, jumpa pun.

"Nah!"

"Thanks!"

"Okaylah. Aku balik office dulu."

"Eh, kejap, kejap! Office hour pun dah nak habis ni. Alang-alang kau dah ada kat sini, kita pergi dinner nak?"

"Dinner?"

Jam tangan aku tilik. Kalau aku kembali ke pejabat sekarang pun akan mengambil masa hampir sejam kerana jarak lokasi. Makan malam dengan Jasmine pun okay juga memandangkan aku tak sempat nak makan tengahari tadi. Perut pun tak habis berkeroncong.

"Okaylah."

"Alright. Tunggu aku tahu?"

"Hm."

Setelah mendapat persetujuanku, Jasmine berlari masuk ke dalam dewan di mana Helios mungkin sedang mempersembahkan single pertamanya, Matahari selepas dua hari sejak MV Matahari dimuatnaik untuk tontonan umum. Dengar cerita, dalam masa sehari saja, dia sudah meraih 1 juta tontonan.

Dalam tak sedar, kakiku membawa aku masuk ke dalam dewan. Berdiri di belakang pentas, di sebalik tirai. Aku mencuri pandang penonton yang datang untuk meraihkan hari bersejarah itu. Tak sangka, peminatnya seramai itu.

"I really have fun today and hopefully, korang pun sama." Ucap Helios yang berdiri di atas pentas.

Seraya ucapannya, rengekan kuat penonton bergema. Tak rela mengizinkannya pergi dan mengakhiri majlis hari itu. Helios tertawa kecil. Kelihatan bersahaja untuk seorang yang baru saja menginjakkan kaki ke industri hiburan.

"I promise I'll come back, okay?"

Sorakan gemuruh pula bergaung tapi aku tak memberi reaksi. Tak kagum, tak juga benci. Seluruh perhatianku tertumpu ke arah jejaka berkaca mata dengan gitar di tangan.

Mendengar kata-katanya, hati yang cuba aku perbaiki retak kembali.

"Bunga." Jasmine menepuk bahuku. "Kau okay ke?"

"Okay." Bohongku.

"Kejap lagi, event—"

"Jas, sorry. Aku terlupalah aku ada janji dengan Eric malam ni."

"Laa, iya ke?" Jasmine membuat muka sedih. "Tak apalah kalau macam tu. Have fun."

"Kita dinner lain kali jelah."

"Okay."

"Aku pergi dulu."

"Hati-hati."

Sorakan gemuruh masih kedengaran meski aku sudah meninggalkan dewan. Sorakan itu menghantuiku. Membuatkanku sesak nafas.

Aku tak cemburu. Cuma hati ini sakit tatkala melihat kau menjanjikan mereka segalanya yang tak pernah kau berikan kepadaku.





"Bunga? Bunga?"

Aku tersentap dari lamunanku. Eric yang sedang memandu kereta mengerlingku. Kedua alisnya ternaik. Memandangku dengan kebimbangan tertulis pada wajahnya.

"Hm?"

"Are you okay? I tengok dari tadi you asyik termenung je. I ajak berborak pun you asyik diam je. Okay ke?"

"Oh. Okay." Aku pura-pura mengurut tengkuk. "Penat sikit je."

"Oh." Eric kembali memandang ke jalan raya di hadapan. "By the way, kenapa you tiba-tiba ajak I keluar ni?"

"Saja." Aku melontar pandangan ke cahaya lampu di sepanjang jalan. "I don't feel like being alone tonight."

Eric tertawa kecil. Aku kembali menatapnya.

"Kenapa you gelak?"

"Nothing." Dia menggeleng dan mengubah haluan ke kiri. "I just like the fact that you wanna spend time with me."

Aku turut tersenyum mendengarnya. Selalunya, bila aku tak ingin bersendirian, aku singgah ke rumah Hani untuk bermain dengan Farah. Ini kali pertama nama orang selain Hani terbit dalam fikiran dan orang itu ialah Eric. Sejujurnya, aku juga tak menyangka hari seperti ini akan tiba.

"So... you nak bawa I pergi mana?"

"Makan aiskrim."

"Ais... krim?"

Eric mengangguk laju. "Hani cakap you suka makan aiskrim."

"Oh."

"Kenapa?"

"I... don't like it anymore."

"Tapi kenapa?"

"Entah. Saja, tukar selera?"

Tipu. Aku tahu mengapa. Mengapa aku mula membenci segala hal yang aku pernah suka dulu termasuklah manisan kegemaranku dengan Hani ketika zaman universiti dulu. Sebab dia. Sebab kau, Helios.

Dulu hanya kau yang aku benci. Setelah kau ajar aku erti cinta, aku berakhir membenci segala yang bukan kau. Termasuk diriku sendiri.

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now