Bab 22

255 37 2
                                    

Ketukan lemah pada pintu membuatku mengangkat dagu. Pintu dikuak perlahan dan Hani menjengukkan kepalanya ke dalam bilik. Cahaya dari luar hampir membutakan aku yang sudah berjam-jam duduk dalam kegelapan.

"Boleh aku masuk?" Tanya Hani walhal bilik tidur ini kami kongsi bersama.

"Kau pergi mana?"

Hani masuk ke dalam. Lampu pada meja belajarku dia hidupkan sebelum menutup pintu dengan rapat. Dia duduk bersila di atas katilnya sambil menghadapku yang duduk pada lantai dingin dan bersandar pada rangka katil.

"Aku duduk kat luar. Aku tahu kau mesti nak some time alone." Jelasnya.

"Laa, kenapa kau tak masuk je? Aku okay jelah."

"Tak payah nak tipu akulah. Kita dah lama jadi roommate. Kau ingat aku tak tahu ke bila kau okay, bila kau tak okay?"

Aku menarik lutut rapat ke dada. Menyandarkan dagu pada lurah di antara kepala lutut. Menatap kosong bawah katilnya.

"Aku tak fahamlah kenapa si Lutfi tu busuk hati sangat. Kalau iya pun dia suka kat kau, bukan macam ni cara dia. Helios tu kawan dia kut. Helios tu pun satu! Dia sendiri cakap Lutfi tu memang macam tu orangnya. Suka jadi batu api. Tapi tengoklah sekarang! Dia juga yang termakan fitnah si Lutfi tu!"

"Dahlah Hani. Benda dah jadi dah pun."

"Tahu pun benda dah jadi. Dah tu kau kenapa still murung lagi?" Hani mengeluh panjang. "Kau nak buat? Nak maafkan dia? Ke nak lepaskan?"

Aku tak nak lepaskan dia. Aku tak nak peristiwa dulu berulang kembali. Kalau aku turutkan kata ego dan suatu hari nanti ego itu terhakis, aku tahu aku akan menginginkannya semula tapi waktu itu, sudah terlambat. Aku kenal Helios. Dia takkan terima aku semula buat kali kedua. Saat itu, tinggal aku menghitung sesal sendiri.

Dalam masa yang sama, aku lebih kenal aku. Walaupun kami meneruskan hubungan ini, tak mudah untuk aku lupakan yang dia pernah memungkiri janji untuk sentiasa mempercayai kata-kataku berbanding mereka. Lama-kelamaan, aku tahu aku juga yang akan tawar hati meskipun dia mengulang kata maaf berjuta kali. Saat itu, hubungan ini akan terputus jua.

Pengakhiran kami sama. Tak kiralah apa pilihan yang aku buat hari ini, kami tetap takkan berakhir bersama sampai bila-bila. Tiada happy ending termaktub untuk cerita kami. Bukan tekaan tapi hakiki.

"Rowan cakap kau nak jumpa aku. Kenapa?" Tanya Helios dingin.

Aku tunduk. Melihat jarak fizikal yang tercipta di antara kami. Sedangkan yang kelihatan cukup jauh, apatah lagi yang tak dapat dilihat oleh pancaindera.

"Should we just break up?"

Helios memalingkan muka. "Entah."

"Kau nak putus ke?"

Dia kembali menatapku. "Kau nak ke?"

Pengakhiran kita takkan berubah meskipun ada pemboleh ubah. Aku tahu itu dan mungkin juga, dalam diam kau turut mengetahuinya. Tapi... aku sanggup ketepikan egoku jika itu bermaksud aku dapat meluangkan sehari lagi mencipta memori dengan kau. Jadi,

"Tak." Aku menggeleng kepala. "Aku tak nak."

Helios menghela nafas panjang. "Aku pun tak nak." Gumamnya.

Dia maju selangkah dan selangkah lagi. Jarak fizikal hampir lesap tapi aku tetap merasakan dia masih terlalu jauh untuk aku gapai seperti dulu.

"I love you."

Tiga perkataan itu meluncur keluar dari mulutnya dan tanpa aku sedari, kata yang sama aku ucapkan. Kami berkongsi senyuman. Cuba meletakkan apa yang terjadi di masa silam dan fokus ke masa depan. Tapi masa depan kita hanya ada tangisan dan bukan tawa.

Panggil aku pesimis, tapi ramalan aku benar. Sepanjang dua bulan berikutnya, kita hidup dengan bahagia. Jenaka yang hanya kita fahami tak terkira banyaknya. Rahsia yang dikongsi sering menjadi topik perbualan. Aku gembira, Helios. Walau hanya sementara.

Setiap pagi aku dikejutkan dengan ucapan selamat pagi daripada kau. Hari demi hari berlalu dan akhirnya kau berhenti menghantar ucapan-ucapan itu.

Setiap hari aku ternantikan waktu lapang untuk diluangkan bersamamu. Hari demi hari berlalu dan akhirnya kau terlalu sibuk untuk mengambil tahu tentang aku lagi.

Setiap malam aku menolak ajakan Hani untuk menonton wayang kerana aku tahu, kau suka membuat panggilan dan berbual tentang harimu. Hari demi hari berlalu dan akhirnya kau terlupa untuk membunyikan telefonku.

Kau mulai tak endahkan aku. Bahkan apabila harimu kosong dan kau merasa bosan, kau tetap tak mencariku. Sebegitu rimaskah kau terhadapku?

Bila kau mula tak mempedulikan aku, aku mula berfikir. Mempertimbangkan itu ini. Aku mula tawar hati. Apatah lagi setiap kali teringatkan kepercayaan yang telah kau hancurkan dan apabila aku melihat kau bergurau senda dengan si dia yang merosakkan nama baikku, hatiku remuk seremuknya.

Hari itu tiba lagi.

Klise, tapi langit hari ini juga murung. Sekali-sekala ada pancaran cahaya biru di sebalik awan kelabu gebu yang berkepul-kepul menyelubungi bumi. Berbanding petir dan guruh, aku menyedari aku lebih takut melihat reaksimu.

Bagaimana sekiranya kau tiba-tiba melutut di hadapanku, merayuku untuk jangan pergi? Bagaimana pula sekiranya kau tiba-tiba naik angin dan memanggilku dengan nama itu ini?

"Kita... putus?" Kataku.

Kau membalas dengan, "Okay."

Aku memandangmu lama. Menunggu kau meminta aku untuk menjelaskan alasan mengapa kita tak layak untuk satu sama lain tapi pertanyaan itu tak pernah terbit dari mulutmu. Kau berpaling dariku dan tanpa sepatah kata, kau meredahi rintik hujan dan meninggalkan aku.

Aku harap kau sekurang-kurangnya memarahiku kerana aku layak menerima layanan demikian. Tapi tak. Kau malahan pergi dengan ekspresi kosongmu seolah-olah hanya aku seorang yang terkesan dek perpisahan ini.

Akhirnya, hujan menjadi saksi pengakhiran 'kita'.

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now