Bab 23

239 33 1
                                    

"If you're going to do this over and over again, you shouldn't have left.
Please, stop it now.
I can't do this anymore."

If We - Park Won

Semester baru bermula lagi dan dalam jangka masa enam bulan lagi, aku akan memulai zaman praktikal di sebuah syarikat. Terasa seakan baru kelmarin aku masih memakai baju kurung putih dipadankan dengan skirt biru tua dan berlari di sepanjang koridor sekolah dengan aiskrim di tangan. Tanpa disedari, aku sudah menginjak dewasa. Cuma terkadang sifatku masih kebudak-budakan.

"Hello everybody!" Jasmine memanjat kerusinya dan menjerit.

Aku dan Hani saling berpandangan. Sama-sama menyembunyikan muka. Kenapalah budak seorang tu tiba-tiba buat perangai? Buat malu jelah. Tak nak aku mengaku kawan.

"Memandangkan hari ni hari pertama semester baru and also semester terakhir kita together, apa kata... kita ambil gambar?"

"JOMMM!"

Rakan sekelas yang lain menyerbunya. Jasmine mengeluarkan selfie stick yang dia bawa ke mana-mana dengan rakan sekelas yang lain beratur di belakangnya.

"Hani, Bunga! Dekatlah sikit!" Jerit Jasmine.

Hani menyerah kalah dan merapati mereka. Aku menggelengkan kepala. Tiada angin mahu mengambil gambar.

"Buat apa kat sini?" Tiba-tiba, satu suara menyapaku.

Aku menoleh dan mendapati Helios berdiri di sampingku. Rowan menepuk bahunya dan meninggalkan kami berdua.

"Tak nak ambil gambar ke?" Tanya Helios bersahaja.

"Hah?"

"Jomlah." Ajaknya.

Aku terkebil-kebil. Mengapa dia melayanku sedemikian?

"Jomlahhhh."

Helios memaksaku untuk bangun dan menolakku ke arah mereka yang berkumpul untuk mengambil gambar kenangan bersama. Helios berdiri di belakangku. Berdiri terlalu dekat sehinggakan wangiannya yang hampir aku lupakan kembali mengusik ingatan.

"1...2...3!"

Gambar diambil dan memori disimpan.

"How's your semester break?" Tanya Helios, tak mengizinkan aku pergi.

"Er... okay."

Okay apanya. Sepanjang dua minggu, yang aku tahu cuma berkurung dalam bilik. Makanan yang mak masak pun kadang-kadang tak ada selera nak jamah. Tiap pagi, bangun mata bengkak. Bila ditanya, tipu menangis sebab baca novel sedih.

"Kau?"

Dia mengangguk.

"Oh."

Alih-alih dia tertawa.

"Kenapa kau gelak?"

"Tak adalah. Kau nampak awkward bila dengan aku. Kau marah aku ke?"

"Kenapa kau tiba-tiba tegur aku?"

"Sebab..."

Sebab kau nak 'kita' balik?

"Sebab kitakan kawan."

"Oh."

Kawan. Setelah lama mengenali satu sama lain, aku rasa ini kali pertama kita menjadi 'kawan'. Kebiasaanya, kita adalah musuh, rakan sekelas, pasangan kekasih dan bekas kekasih. Tapi aku lebih rela kita kembali bermusuhan berbanding terperangkap dalam zon 'kawan'.

"Kau dah move on ke?"

Helios menatapku lama. Senyumannya perlahan-lahan pudar dan sebelum dia memberi jawapan, aku sudah tahu kesudahannya.

Sun's FlowerWhere stories live. Discover now